Skim Perlindungan Sosial Padanan Caruman (SPS Padanan Caruman)
Terakhir dikemas kini pada
05/08/2025
- SPS Padanan Caruman merupakan skim perlindungan sosial di bawah Belanjawan 2025 yang ditawarkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) khas untuk Orang Bekerja Sendiri (OBS). Menerusi skim ini, OBS hanya perlu membayar 30% (RM70.00) daripada jumlah caruman RM232.80 di bawah Pelan Caruman Dua, manakala baki 70% (RM162.80) akan ditanggung oleh Kerajaan. Setelah bayaran dibuat, OBS akan menerima perlindungan selama 12 bulan (1 tahun).
- Kumpulan sasaran:
SPS Jaja 4.0 | - Sektor Penjaja,
- Sektor Penjagaan dan Perawatan,
- Sektor Makanan,
- Sektor Pembuatan,
- Sektor Pengumpulan Barang.
|
SPS Agro 3.0 | - Sektor Pertanian,
- Sektor Penternakan,
- Sektor Perhutanan,
- Sektor Perladangan.
- Sektor Akuakultur,
- Perikanan Darat dan Laut.
|
SPS Lain Upaya 4.0 | - Orang kurang upaya yang Bekerja sendiri di bawah 20 sektor
|
SPS Asal 4.0 | - Orang Asli (Semenanjung) dan Orang Asal (Sabah dan Sarawak) yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor.
|
SPS Seni 4.0 | - Semua kelas di bawah:
- Sektor Kesenian,
- Kebudayaan,
- Kreatif,
- Karangkraf,
- Silat, Budaya Warisan,
- Seni Ukir,
- Jurusolek; dan
- Artifak.
|
SPS Gig 5.0 | - Orang yang bekerja sendiri menggunakan aplikasi digital di bawah syarikat pengantara (Service Platform Provider) di bawah 20 sektor.
|
SPS Usahawanita 4.0 | - Wanita yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor.
|
SPS Sukan 3.0 | - Semua sukan termasuk:
- Sukan tradisional,
- e-sukan,
- jurulatih,
- ahli sukan bertaraf profesional,
- pelajar-pelajar di bawah tajaan Majlis Sukan Negara; atau
- silat olahraga.
|
SPS Didik 3.0 | - Sektor pendidikan seperti:
- pendidik,
- pelajar latihan industri,
- pengajar,
- tutor,
- pengajar agama,
- kaunselor; dan
- pakar motivasi.
|
SPS Servis 3.0 | - Sektor Perkhidmatan Isi Rumah,
- Sektor Perkhidmatan Profesional,
- Premis Penginapan,
- Pemprosesan Data,
- Malim Gunung,
- Pemandu Pelancong,
- Segala Sukarelawan,
- Pegawai Keselamatan,
- Teknologi Maklumat,
- Sektor Khidmat Sokongan-Pemilikan Tunggal / Perkongsian (Enterprise) berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
|
SPS Lancong 1.0 | - Orang Bekerja Sendiri di bawah 20 sektor yang berada di bawah Industri Pelancongan.
|
SPS Pemimpin Masyarakat 1.0 | - Datuk Batin,
- Pemimpin Masyarakat,
- Ketua Rumah Panjang; atau
- Ketua Orang Asli yang bekerja sendiri.
|
SPS Perkhidmat Rumah Ibadat 1.0 | - Perkhidmat Rumah Ibadat Hindu, Kristian, Buddha yang sah dibawah peruntukan perlembagaan Malaysia.
|
- Terdapat empat (4) jenis Pelan bayaran caruman SKSPS, seperti berikut:
Pelan Caruman Pilihan | Pendapatan Diinsurankan | Caruman Bulanan | Caruman Tahunan |
1 | RM1,050 | RM13.10 | RM157.20 |
2 | RM1,550 | RM19.40 | RM232.80 |
3 | RM2,950 | RM36.90 | RM442.80 |
4 | RM3,950 | RM49.40 | RM592.80 |
Pelan Caruman | Sumbangan Kerajaan (70 peratus) | Caruman Orang Bekerja Sendiri / Syarikat Pengendali (30 peratus) |
---|
Pelan 2 (RM232.80) | RM162.80 | RM70.00 |
- Manfaat atau faedah perlindungan keselamatan sosial yang disediakan di bawah SPS Padanan Caruman adalah seperti berikut:
Jenis Faedah | Pelan 2 |
Faedah Perubatan | - Rawatan perubatan di klinik panel / hospital kerajaan PERKESO dan membuat tuntutan penggantian perbelanjaan yang dikeluarkan
|
Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) | - 80 peratus daripada RM1,550 (setiap cuti sakit berkelayakan menerima RM41.33 sehari)
|
Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK) | - 90 peratus daripada RM1,550 dan tertakluk kepada faktor umur dan taksiran peratus hilang upaya kekal.
|
Faedah Orang Tanggungan (FOT) | - RM1,395* sebulan sepanjang hayat *tertakluk kepada kategori orang tanggungan
|
Elaun Layanan Sentiasa (ELS) | |
Faedah Pengurusan Mayat | |
Faedah Pinjaman Pendidikan | - Faedah berbentuk pinjaman pendidikan kepada anak Orang Bekerja Sendiri yang layak sekiranya Orang Bekerja Sendiri meninggal dunia akibat Bencana Pekerjaan Sendiri atau menerima bayaran berkala Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK)
|
Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional | - Bekalan alat bantuan seperti kerusi roda, tilam, tongkat, anggota tiruan, fisioterapi, dan lain-lain. Program "Return to Work (RTW)" serta latihan vokasional dalam bidang kursus yang ditawarkan di Pusat REHAB PERKESO.
|
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan klik di sini
i. Bertaraf warganegara Malaysia atau pemastautin tetap tanpa mengira had umur. ii. Bekerja sepenuh masa atau separuh masa. iii. Orang Bekerja Sendiri yang bekerja di Malaysia. iv. Orang Bekerja Sendiri yang menyertai sektor seperti yang disenaraikan di soalan 2; dan v. Orang Bekerja Sendiri belum mendaar di bawah Inisiatif 2025 |
- OBS boleh membuat semakan kelayakan atau kelulusan program SKSPS melalui kaedah berikut:
i. Sila klik di sini untuk menyemak status pendaftaran dan caruman melalui portal Web Prihatin ii. Semakan kelayakan permohonan di 54 buah kaunter pejabat PERKESO di seluruh negara iii. Berhubung terus dengan Pegawai Khidmat Pelanggan PERKESO di talian 1300-22-8000. iv. Orang Bekerja Sendiri yang berjaya menyertai inisiatif ini akan menerima notifikasi pengesahan penyertaan melalui emel. |
i. Sila klik di sini untuk menyemak status pendaftaran dan caruman melalui portal Web Prihatin ii. Melalui mobil aplikasi Prihatin PERKESO; iii. Melalui kaunter Pejabat PERKESO yang berdekatan; iv. Melalui Ejen Korporat SKSPS atau Ejen Individu SKSPS yang sah dilantik oleh PERKESO; dan v. Tempoh perlindungan bermula setelah penerimaan bayaran 30 peratus (RM70.00) daripada pemohon kepada pihak PERKESO. |
i. Salinan Kad Pengenalan ii. Surat pengesahan pekerjaan daripada agensi atau pihak berkuasa yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor |
- Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk membaca Soalan Lazim (FAQ)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda