Tabung Pusingan Pinjaman Koperasi
Terakhir dikemas kini pada
06/03/2025
Khidmat pembiayaan melalui Tabung Pusingan Pinjaman Koperasi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah diwujudkan di bawah Akta Acara Kewangan 1957 pada tahun 1985 bertujuan membantu koperasi dalam penyediaan dana untuk melaksanakan projek yang berdaya maju.
Semua koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502) yang diselia oleh (SKM) adalah layak untuk memohon.
Jenis-jenis pembiayaan:
Modal Pusingan | - Pengguna;
- Pekerja-pekerja kontrak;
- Perkhidmatan;
- Ar-Rahnu / Kredit
|
Pembangunan Hartanah | - Pinjaman Sementara (Bridging Finance);
- Bayaran Premium;
- Kos Pembangunan.
|
Pemilikan Harta | - Membeli Tanah/ Bangunan/ Kilang;
- Ubah suai/ baik pulih;
- Pembinaan bangunan.
|
Pengangkutan (Pembelian Kenderaan) | - Asas Tani
- Pertanian
- Perindustrian
- Mesin/ Jentera
|
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi SPM
- Semua koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502) yang diselia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah layak untuk memohon.
- Syarat Kelayakan:
- Koperasi berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia;
- Koperasi telah didaftarkan tidak kurang daripada 18 bulan dan akaunnya telah diaudit;
- Projek yang akan dilaksanakan adalah berdaya maju (viable);
- Pentadbiran dan pengurusan koperasi mematuhi Akta Koperasi 1993, Peraturan-peraturan Koperasi 1995 dan Undang-undang Kecil Koperasi;
- Pengurusan perakaunan adalah teratur dan dikemaskini dan penyata kewangan semasa telah diaudit dan;
- Projek yang akan dibiayai memberi manfaat kepada anggota-anggota dan koperasi.
- Permohonan perliu dikemukakan melalui Sistem Permohonan Atas Talian (Online) SKM
- Anda perlu mendaftar sebagai pengguna (pengguna baharu) dan seterusnya akan diberikan kata nama dan kata laluan untuk mengakses Sistem Permohonan Atas Talian SKM. Bagi yang telah dan mempunyai akses ke sistem, anda boleh terus mendaftar masuk
- Daftar masuk dan lengkapkan KESEMUA butiran yang diperlukan dalam Sistem Permohonan Pembiayaan Kredit SKM
- Anda juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan untuk dimuatnaik ke dalam sistem tersebut. Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda