Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025
Program Pemeteran Tenaga Bersih 3.0 (NEM 3.0) akan memberi lebih banyak peluang kepada pengguna elektrik untuk menjimatkan bil elektrik melalui pemasangan sistem fotovolta suria di premis mereka.
Inisiatif/ Kategori | Kuota Ditawarkan (MW) | Tarikh Pembukaan Kuota |
Program NEM GoMEn (Kementerian dan Entiti Kerajaan) | 100MW | 1 Februari 2021 - 30 Jun 2025 |
Program NOVA (Net Offset Virtual Aggregation) | 1400MW | 1 April 2021 - 30 Jun 2025 |
Kelayakan
Pemohon yang memenuhi kriteria berikut:
Program | Kriteria pemohon | Kategori pengguna TNB dibawah Tarif Berikut |
Program NEM GoMEn (Kementerian dan Entiti Kerajaan) | Sebuah Kementerian, jabatan atau badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan di semua peringkat pentadbiran sama ada di peringkat persekutuan, negeri atau daerah termasuk pihak berkuasa tempatan | Tarif Komersial |