Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025
Skim Insentif Pemampanan Pengeksport ialah satu kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) kepada usahawan/pengeksport di bawah Belanjawan 2025 untuk menyokong dan memperkukuhkan keupayaan dan kebolehan para usahawan/ pengeksport Malaysia untuk memasuki pasaran antarabangsa.
Program ini juga bertujuan untuk menyokong para usahawan/pengeksport untuk memperluaskan perniagaan serta mengembangkan kreativiti di peringkat antarabangsa di samping menggalakkan dan memudahkan golongan tersebut mencari pasaran baharu untuk barangan keluaran mereka dan meningkatkan kebolehupayaan PKS sebagai pengeksport dalam jangka masa panjang
Program ini juga membantu usahawan/pengeksport mengurangkan kos operasi supaya dapat bersaing dalam perdagangan antarabangsa
Berikut adalah ringkasan kemudahan pinjaman tersebut:
Perkara | Keterangan |
---|---|
Tempoh Permohonan |
|
Sektor Sasaran |
|
Kemudahan yang ditawarkan |
|
Tempoh Pembiayaan
|
|
Jumlah Pembiayaan
|
|
Kadar insentif SIP2
|
|
Cagaran/ jaminan |
|
PKS dan bukan PKS yang berdaftar dan diperbadankan di Malaysia
Saham majoriti 51% dipegang oleh rakyat Malaysia
Telah beroperasi dengan minimum 6 bulan dan bersedia untuk ke pasaran eksport
Pemohon boleh merujuk atau hadir ke Pejabat Cawangan EXIM Bank yang berhampiran untuk mendapatkan penerangan lanjut berkenaan permohonan serta dokumen sokongan yang diperlukan atau layari pautan ini.
Untuk maklumat lanjut sila rujuk Soalan Lazim EXIM Bank