Pembangunan Tanah Wakaf
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 28/10/2024

  • Pembangunan Tanah Wakaf bagi para persara warga emas yang berpendapatan rendah untuk membina rumah persaraan mandiri
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Unit Penyayang Warga Emas (UPWE)
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 24/10/2024

Kemudahan pengangkutan bagi warga emas yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan di Hospital / Klinik Kesihatan 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Seniors Back In Action (SEBA)
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 23/10/2024

  • Inisiatif bagi memperkasa warga emas dan pesara berumur 60 tahun ke atas yang bertujuan meningkatkan kemahiran dan latihan semula yang berkaitan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 20/01/2025

  • Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) adalah satu inisiatif yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) khusus untuk warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti
  • Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial (reaching out) dan pembangunan (developmental) kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara KPWKM dengan agensi kerajaan yang lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
  • Objektif penubuhan PAWE adalah seperti berikut :
    • Mempelbagaikan dan meluaskan kemudahan-kemudahan untuk kesejahteraan dan pembangunan warga emas
    • Meningkatkan kualiti hidup warga emas selari dengan konsep warga emas aktif dan produktif
    • Memberi ruang kepada warga emas agar dihargai melalui perkongsian pengalaman dan kepakaran mereka
    • Menyatupadukan pelbagai etnik / kaum dan agama
  • Pelbagai aktiviti / program ada disediakan di Pusat Aktiviti Warga Emas seperti:
    • Program keagamaan
    • Program rekreasi
    • Program terapi dan pemulihan
    • Program ceramah kesihatan
    • Latihan atau kursus yang bersesuaian

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi PAWE

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Warga Emas (BWE)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 03/01/2025

  • Bantuan Warga Emas (BWE) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan membantu warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan mencapai kesejahteraan hidup. 

  • Kadar bayaran bagi BWE adalah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap penerima.

     

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda