Skim perlindungan sosial berbentuk caruman penuh bagi 4 kategori kumpulan Orang Bekerja Sendiri (OBS) bertujuan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial
Bantuan bagi golongan miskin tegar & B40 bertujuan membasmi kemiskinan & menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan & operator perkhidmatan
Program Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)
Caruman skim perlindungan sosial bagi individu yang menjalankan pekerjaan sendiri bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja
Skim perlindungan sosial bagi suri rumah yang berdaftar di bawah e-Kasih bertujuan menyediakan perlindungan keselamatan sosial daripada bencana domestik & keilatan
Bantuan tunai bagi pemohon / pasangan / waris yang layak bertujuan untuk meringankan beban ahli keluarga yang kematian Ketua Keluarga, waris dan seumpamanya.
Menyediakan bantuan kepada pesawah yang mengalami kerosakan atau kerugian kekal pada tanaman padi mereka akibat bencana alam, perosak tanaman dan penyakit
Caruman sukarela bagi wanita berdaftar dengan eKasih termasuk suri rumah/ibu tunggal & bujang untuk memastikan kesejahteraan serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga & negara
Caruman sukarela dengan insentif khas Kerajaan bagi individu yang bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap dan pekerja sektor ekonomi gig untuk tujuan persaraan
Bantuan subsidi tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu. Bantuan ini dapat menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan kenderaan diesel.
Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40)
Skim kesihatan bagi kumpulan B40 bertujuan menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memberi tumpuan kepada penyakit tidak berjangkit (NCD)
Subsidi pembinaan rumah bagi golongan berpendapatan kurang RM5000 tetapi mempunyai tanah sendiri bertujuan untuk menyediakan rumah yang sempurna & selesa
NTW 2025 ialah program latihan percuma terbesar di Malaysia dan ASEAN, berlangsung 14–21 Jun. Terbuka kepada semua, ia menawarkan pelbagai kursus kemahiran secara fizikal dan dalam talian untuk meningkatkan daya saing dan pengetahuan peserta.