Skim Pembiayaan Perniagaan Kelestarian dan Hijau (SGBF)
Skim bagi syarikat pembuatan & perkhidmatan bertujuan menggalakkan & meningkatkan penggunaan teknologi hijau untuk kekal berdaya tahan dan berdaya saing
Meningkatkan bilangan usahawan Bumiputera dalam industri automotif dan membantu menaik taraf bengkel sedia ada kepada skala yang lebih besar dengan perkhidmatan 3S
Geran & pinjaman mudah kepada pekebun kecil sawit persendirian untuk menanam semula pokok sawit tua melebihi 25 tahun atau sawit yang tidak lagi produktif
Skim pembiayaan bagi PMKS untuk beralih kepada operasi rendah karbon/ amalan perniagaan mampan dalam pengangkutan bersih, kecekapan tenaga, bangunan hijau dan tenaga diperbaharui
Menyediakan pembiayaan kepada syarikat yang terlibat dalam aktiviti yang menyokong pelaksanaan Rangka Kerja Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-12
Program Green Technology Financing Scheme (GTFS) 5.0
Skim pembiayaan sebanyak RM1 bilion dengan jaminan Kerajaan sehingga 80% bagi menggalakkan projek teknologi hijau di kalangan pemain industri (selain solar)
Dana Galakan Melancong Malaysia (GAMELAN) untuk membantu penggiat industri pelancongan menjalankan kempen promosi dan pemasaran pelancongan dalam dan luar negara
Khidmat pembiayaan melalui Tabung Modal Pusingan (TMP-SKM) bertujuan membantu koperasi dalam penyediaan dana untuk melaksanakan projek yang berdaya maju
Program melibatkan pembangunan bakat mahir, jaringan kerjasama, pengembangan teknologi moden & pembiayaan melalui inovasi bioteknologi yang menyokong kelestarian
Memudahcara syarikat pemula & PKS yang telah mengembangkan teknologi mereka sendiri dan menjalankan R&D untuk mendapatkan akses kepada peluang perolehan Kerajaan
Pembiayaan hutang teroka untuk syarikat pemula berasaskan teknologi dalam mendapatkan keperluan modal kerja, pembelian aset/peralatan & pembangunan perniagaan
Skim pembiayaan bagi usahawan PMKS wanita untuk meningkatkan perniagaan ke tahap lebih tinggi dari segi kapasiti pengeluaran, penembusan pasaran dan daya saing
Skim pembiayaan bagi syarikat bertujuan menyokong aktiviti berkaitan tenaga di bawah Pelan Peralihan Tenaga Nasional (NETR) - Tenaga boleh diperbaharui
Akses kepada pembiayaan untuk usahawan mikro di bawah Skim Pembiayaan Mikro, terutamanya untuk segmen yang tidak atau kurang mendapat akses pembiayaan dari institusi kewangan
Pembiayaan bagi usahawan mikro berpendapatan rendah bertujuan memperkukuh pengurusan kewangan & kepintaran dalam perniagaan untuk menjana pendapatan berterusan
Kemudahan pembiayaan bagi PKS & syarikat pemula yang inovatif dan melabur dalam sektor strategik, bidang teknologi digital, teknologi hijau dan bioteknologi
Skim pembiayaan kepada pra-kontrak kontraktor kecil G1 - G4 Bumiputera bertujuan untuk membantu kedudukan aliran tunai bagi projek berskala kecil Kerajaan
Program pembiayaan ekuiti bagi syarikat yang terlibat dalam aktiviti berkaitan sektor pertumbuhan baharu serta menyokong PMKS yang memerlukan modal perniagaan
Kemudahan pembiayaan bagi sektor pernigaan nano/ mikro/ kecil serta golongan bekas banduan, pelatih AADK, JKM, OKU dan PERKESO untuk menceburi bidang perniagaan
Program Syarikat Mid-Tier untuk meningkatkan daya saing syarikat tempatan dengan pertumbuhan dan bernilai tinggi melalui pembiyaan dan program sokongan
Kontrak Prestasi Tenaga (Energy Performance Contracting - EPC)
Memperkenalkan Kontrak Prestasi Tenaga (Energy Performance Contracting - EPC) bagi membantu semua agensi kerajaan dalam penjimatan bil elektrik sehingga 10%
Pinjaman kepada lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) untuk membiayai modal pusingan serta pembelian mesin dan peralatan serta ubah suai premis perniagaan
Pembiayaan disediakan kepada usahawan untuk membantu dalam usaha mendapatkan pensijilan halal, memperluas pasaran dan meningkatkan keyakinan pelanggan.
Kemudahan pembiayaan perniagaan melalui bank dengan jaminan untuk usahawan Bumiputera, termasuk program Groom Big dan kerjasama dengan Bank Muamalat, Rakyat, Exim.
Pembiayaan untuk bantu usahawan PKS Bumiputera bersedia membawa produk ke pasaran eksport / antarabangsa, melalui kerjasama dengan SME Corporation Malaysia.
Pembiayaan kepada usahawan Bumiputera untuk berkembang dalam perniagaan kelas menengah, mengukuh kedudukan dan mempersiapkan mereka menjadi pemain global.