Menyediakan bantuan kepada pesawah yang mengalami kerosakan atau kerugian kekal pada tanaman padi mereka akibat bencana alam, perosak tanaman dan penyakit
Bantuan subsidi tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu. Bantuan ini dapat menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan kenderaan diesel.
Bantuan tunai ini disalurkan kepada pemohon, pasangan, atau waris yang layak, dengan tujuan untuk meringankan beban kewangan ahli keluarga akibat kehilangan Ketua Keluarga, waris, atau individu yang seumpamanya.
Program bagi pengguna domestik untuk menggalakkan pembelian kelengkapan eletrik iaitu peti ais dan penyaman udara cekap tenaga yang berlabel 4 atau 5 bintang
Tabung Bencana Pertanian (TBP) bagi membantu golongan yang terkesan akibat bencana demi memastikan pemulihan dan kelestarian projek agromakanan nasional
Kad Pekerja Madani memberi diskaun hingga 30% kepada ahli kesatuan sekerja di lebih 100 syarikat, termasuk pasaraya, pakaian, makanan, minuman, perjalanan, dan penginapan.
Caruman sukarela bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima)
i-Suri ialah skim caruman sukarela KWSP bagi wanita eKasih seperti suri rumah, balu, ibu tunggal dan bujang untuk jamin kesejahteraan hidup dan diiktiraf.
EPOKU ialah bantuan tunai yang diberikan kepada OKU bagi menggalakkan mereka terus bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
Skim perlindungan sosial bagi suri rumah yang berdaftar di bawah e-Kasih bertujuan menyediakan perlindungan keselamatan sosial daripada bencana domestik & keilatan
Program KASIH Ibu Tunggal adalah inisiatif oleh JPW untuk memperkasakan ibu tunggal melalui tiga modul utama: pengurusan kewangan, kemahiran perundangan, dan pembangunan potensi tanpa sebarang bayaran dikenakan.
Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme bertujuan meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan peluang pendidikan kepada anak autisme di pusat pembelajaran bertauliah.
RMT ialah bantuan makanan oleh KPM bagi murid rendah luar bandar & B40 untuk tingkat kesihatan, fizikal & amalan pemakanan melalui bekalan harian dan susu
Skim Jaminan Kredit Perumahan MADANI (SJKP MADANI)
Skim Jaminan Kredit Perumahan MADANI membantu individu tanpa pendapatan tetap memiliki rumah dengan jaminan kerajaan melalui institusi kewangan terpilih.