Caruman sukarela dengan insentif khas Kerajaan bagi individu yang bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap dan pekerja sektor ekonomi gig untuk tujuan persaraan
Bantuan tunai bagi pemohon / pasangan / waris yang layak bertujuan untuk meringankan beban ahli keluarga yang kematian Ketua Keluarga, waris dan seumpamanya.
Skim perlindungan sosial bagi suri rumah yang berdaftar di bawah e-Kasih bertujuan menyediakan perlindungan keselamatan sosial daripada bencana domestik & keilatan
Bantuan tunai bagi keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup & tinggal bersama keluarga
Bantuan tunai bagi penerima bantuan / anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan & menganggur untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja
Bantuan tunai bagi OKU yang berdaftar di bawah JKM bertujuan menggalakkan OKU untuk terus bekerja serta mampu hidup berdikari & menjadi masyarakat yang produktif
Bantuan tunai bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik / yatim / yatim piatu / tiada saudara mara bertujuan membantu mereka terus tinggal bersama keluarga pelihara
Program Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)
Caruman skim perlindungan sosial bagi individu yang menjalankan pekerjaan sendiri bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja