Program Celik MADANI memberi peluang kepada 100,000 pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke IPT untuk membuka akaun ASB bernilai RM50 secara percuma
Bantuan subsidi tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu. Bantuan ini dapat menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan kenderaan diesel.
Bantuan tunai ini disalurkan kepada pemohon, pasangan, atau waris yang layak, dengan tujuan untuk meringankan beban kewangan ahli keluarga akibat kehilangan Ketua Keluarga, waris, atau individu yang seumpamanya.
Program bagi pengguna domestik untuk menggalakkan pembelian kelengkapan eletrik iaitu peti ais dan penyaman udara cekap tenaga yang berlabel 4 atau 5 bintang
Kad Pekerja Madani memberi diskaun hingga 30% kepada ahli kesatuan sekerja di lebih 100 syarikat, termasuk pasaraya, pakaian, makanan, minuman, perjalanan, dan penginapan.
EPOKU ialah bantuan tunai yang diberikan kepada OKU bagi menggalakkan mereka terus bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
Rawatan Dialisis Peritoneal bagi pesakit buah pinggang tahap akhir (End Stage Kdney Disease - ESKD) diperluaskan untuk semua pesakit KKM di seluruh negara
Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme bertujuan meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan peluang pendidikan kepada anak autisme di pusat pembelajaran bertauliah.