Subsidi diesel & petrol bagi nelayan kelas tertentu bertujuan untuk menampung sebahagian kos operasi menangkap ikan yang ditanggung oleh nelayan kesan kenaikan harga minyak di pasaran
Kesejahteraan Penjawat Awam - Penambahbaikan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja
Penambahbaikan skim meliputi kes kemalangan semasa bertugas dalam operasi, kes kematian bencana kerja, kadar elaun layanan sentiasa, bayaran hilang upaya sementara & peluasan skop liputan
Menyediakan bantuan kepada pesawah yang mengalami kerosakan atau kerugian kekal pada tanaman padi mereka akibat bencana alam, perosak tanaman dan penyakit
Bantuan tunai bagi pelajar sekolah menengah dari keluarga B40 untuk mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik & kokurikulum sepanjang persekolahan
Bantuan tunai bagi keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup & tinggal bersama keluarga
Bantuan tunai bagi OKU yang berdaftar di bawah JKM bertujuan menggalakkan OKU untuk terus bekerja serta mampu hidup berdikari & menjadi masyarakat yang produktif
Bantuan tunai bagi penerima bantuan / anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan & menganggur untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja
Skim perlindungan sosial bagi suri rumah yang berdaftar di bawah e-Kasih bertujuan menyediakan perlindungan keselamatan sosial daripada bencana domestik & keilatan
Bantuan tunai bagi pemohon / pasangan / waris yang layak bertujuan untuk meringankan beban ahli keluarga yang kematian Ketua Keluarga, waris dan seumpamanya.
Caruman sukarela bagi wanita berdaftar dengan eKasih termasuk suri rumah/ibu tunggal & bujang untuk memastikan kesejahteraan serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga & negara
Caruman sukarela dengan insentif khas Kerajaan bagi individu yang bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap dan pekerja sektor ekonomi gig untuk tujuan persaraan
Subsidi pembinaan rumah bagi golongan berpendapatan kurang RM5 ribu tetapi mempunyai tanah sendiri bertujuan untuk menyediakan rumah yang sempurna & selesa