Bantuan tunai bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik/yatim/yatim piatu/tiada saudara mara, untuk membantu mereka terus tinggal bersama keluarga pelihara
Bantuan tunai bagi keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak yang tiada penjaga bertujuan untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup & tinggal bersama keluarga
Bantuan tunai bagi OKU tidak berupaya bekerja, berdaftar di bawah JKM & berkelayakan, bertujuan untuk menggalakkan mereka terus tinggal bersama keluarga
Bantuan tunai bagi Orang Kurang Upaya yang berdaftar di bawah JKM & berkelayakan bertujuan untuk menggalakkan mereka bekerja, hidup berdikari & produktif
JKM - Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
Bantuan tunai bagi penjaga berkelayakan bertujuan untuk menggalakkan penjagaan rapi ahli keluarga mereka yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik
Pelepasan Cukai Pendapatan Bagi Perbelanjaan Rawatan Perubatan, Keperluan Khas & Penjaga Untuk Ibu Bapa
Pelepasan cukai diperluaskan kepada pemeriksaan perubatan penuh ibu bapa terhad sehingga RM1 ribu bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan terhadap kesihatan ibu bapa
Pelepasan Cukai Pendapatan Ke Atas Perbelanjaan Rawatan Perubatan Diri, Pasangan & Anak
Pelepasan cukai diperluaskan kepada perbelanjaan pemeriksaan & rawatan pergigian daripada pengamal pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia terhad sehingga RM1 ribu
Lanjutan skim perlindungan kesihatan takaful percuma sehingga 2 tahun & penyediaan dana khas bertujuan untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi golongan B40 apabila menghidapi penyakit kritikal
PERKESO - Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)
Skim perlindungan sosial bagi suri rumah yang berdaftar di bawah e-Kasih bertujuan menyediakan perlindungan keselamatan sosial daripada bencana domestik & keilatan
Cadangan meningkatkan had pengecualian cukai pendapatan atas elaun penjagaan anak yang diterima oleh pekerja atau dibayar terus oleh majikan kepada pusat jagaan kanak-kanak
Bantuan tunai bagi golongan yang memerlukan & keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah bantuan JKM lain bertujuan untuk membantu menampung perbelanjaan harian
JPA - Kemudahan Bantuan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi (BPMUR)
Kemudahan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi bagi Penjawat Awam diperluas kepada pakaian batik Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penghasilan batik Malaysia
Skim Ex-Gratia Bencana Kerja ditambah baik dan had siling gaji ditingkatkan daripada RM4 ribu kepada RM6 ribu selaras dengan pindaan Skim PERKESO bagi sektor swasta
Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam
Bayaran Insentif sebanyak RM2 ribu kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM1 ribu kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam
Bayaran Insentif RM1 ribu kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen bertujuan meringankan kos & beban sara hidup
Subsidi pembinaan 3,500 unit rumah bagi golongan berpendapatan kurang RM5 ribu tetapi mempunyai tanah sendiri bertujuan untuk menyediakan rumah yang sempurna & selesa
Perkhidmatan pendampingan sosial & pembangunan setempat melibatkan kerjasama strategik antara KPWKM dengan pelbagai agensi kerajaan & NGO bertujuan memelihara kesejahteraan warga emas
Bantuan tunai bagi penerima bantuan/anak penerima bantuan yang tercicir daripada sekolah/menganggur bertujuan untuk mendapatkan latihan kemahiran & latihan pekerja
Peluasan kriteria pendapatan ibu bapa mengikut kadar pendapatan garis kemiskinan (PGK) RM2,589 bertujuan untuk memberi peluang biasiswa kepada anak daripada keluarga kurang mampu
KWAPM - Bantuan Murid Sekolah Kerajaan & Bantuan Kerajaan
Perluasan pemberian bantuan KWAPM bagi murid sehingga Tingkatan 3 Sekolah Kerajaan & Sekolah Bantuan Kerajaan bertujuan untuk memastikan anak-anak keluarga miskin tidak tercicir daripada pendidikan
Yuran pendaftaran masuk IPTA dihadkan tidak melebihi RM1,500, selari dengan pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) RM1,500 kepada semua bakal pelajar baharu yang layak
Tiada sekatan mendaftar subjek setiap semester bagi pelajar sedia ada yang tidak mampu membayar yuran pengajian bertujuan untuk menjaga kebajikan pelajar yang menuntut ilmu
Diskaun bayaran balik pinjaman sebanyak 10% dan 15% bermula 14 Okt 2023 sehingga 31 Mac 2024 bagi peminjam PTPTN bertujuan untuk menggalakkan penyelesaian baki pinjaman
Pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh PTPTN kepada bakal pelajar baharu yang layak untuk tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam bermula Januari 2024