Terakhir dikemas kini pada 10/01/2024
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) adalah sebuah inisiatif Kerajaan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad bagi golongan pendapatan tidak tetap bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil yang berkelayakan untuk mendapatkan kemudahan gadai janji.
PERKARA | PENERANGAN |
---|---|
Tujuan Pembiayaan | Pembiayaan gadai janji |
Had Pembiayaan | Sehingga RM500,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA/MRTT/LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian |
Jenis Pembiayaan | Pinjaman/Pembiayaan bertempoh |
Tempoh Pembiayaan | Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan) |
Jaminan Pembiayaan | Jaminan 100% diatas jumlah pembiayaan (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA*/MRTT*/LTHO*, yuran guaman dan yuran penilaian) |
Kadar Faedah/Keuntungan | Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat |
Bermula 1 April 2023, Kerajaan Malaysia telah meluaskan sasaran SJKP bagi merangkumi kedua-dua golongan berpendapatan tetap dan tidak tetap untuk memiliki rumah pertama mereka yang bernilai sehingga RM500,000.00.
*MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance
*MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful
*LTHO: Long Term House owner’s Takaful
Dokumen yang diperlukan:
Kediaman/Rumah
Perjanjian asal Jual Beli/ borang tempahan/ resit bayaran muka kediaman/rumah
Pendapatan
Penyata akaun Bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada)
Cukai Pendapatan/ Penyata KWSP Terkini
Surat pengesahan pekerjaan
Dokumen Sokongan Lain
Salinan Kad Pengenalan pemohon
Surat Pengesahan (jika ada)
Lesen perniagaan; atau kad pendaftaran Nelayan; atau permit teksi (yang mana berkenaan)
Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu/Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).