JKM - Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 09/01/2024

  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) adalah sebuah inisiatif Kerajaan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Orang Kurang Upaya (OKU) bertujuan untuk membantu golongan tersebut untuk kesinambungan hidup serta menggalakkan mereka untuk terus tinggal bersama keluarga  

  • Kadar bayaran Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) : RM300 sebulan seorang 

  • Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Telipon

TELEFON

​​+603-8000-8000​

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Permohonan Dibuka
JKM - Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)
Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif Kadar bayaran EPOKU: RM450 sebulan seorang
Permohonan Dibuka
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
Bantuan penjagaan OKU terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT) adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga/ penjaga serta menggalakkan keluarga/ penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronikUntuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Bantuan penjagaan OKU terlantar/Pesakit kronik terlantar (BPT)
Permohonan Dibuka
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) - Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P)
Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P) adalah sebuah bantuan pekerjaan dan pendapatan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi golongan orang kurang upaya yang ingin mendaftarkan perniagaan dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 bertujuan untuk mendapatkan pengecualian fi pendaftaran dan pembaharuan lesen perniagaan untuk tempoh satu (1) tahun sahaja.Pengecualian fi pendaftaran perniagaan adalah seperti berikut:Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30 setahunPerniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi mestilah terdiri daripada kategori OKU sahaja) menggunakan nama tred – RM60 setahunCetakan maklumat – RM10Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Skim 1 OKU 1 Perniagaan(S1O1P)