JKM - Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 10/01/2024

  • Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) ialah sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2024 yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) khusus untuk warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti
  • Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial (reaching out) dan pembangunan (developmental) kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara KPWKM dengan agensi kerajaan yang lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
  • Objektif penubuhan PAWE adalah seperti berikut:
    • Meluaskan kemudahan-kemudahan untuk kesejahteraan dan pembangunan warga emas
    • Ruang kepada warga emas rasa dihargai melalui perkongsian pengalaman & kepakaran mereka
    • Menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelbagai pihak
    • Memberi alternatif kepada kumpulan warga emas daripada kategori keluarga berpendapatan rendah
    • Meningkatkan kualiti hidup warga emas selari dengan konsep warga emas aktif dan produktif
  • Pelbagai aktiviti/program ada disediakan di Pusat Aktiviti Warga Emas seperti:
    • Program keagamaan
    • Program rekreasi
    • Program terapi dan pemulihan
    • Program ceramah kesihatan
    • Latihan atau kursus yang bersesuaian
  • Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi PAWE
  • Senarai Pusat Aktiviti Warga Emas
Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Telipon

TELEFON

03-8000 8000

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda