Terakhir dikemas kini pada 06/11/2024
DISKAUN (%) | KATEGORI PEMBERIAN DISKAUN |
---|---|
10 | Atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman |
10 | Bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran |
15 | Bayaran secara potongan gaji atau debit terus secara berjadual |
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi PTPTN atau rujuk Siaran Media Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
Semua peminjam PTPTN termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan yang membuat bayaran balik pinjaman mulai 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024
% | Kategori pemberian diskaun | Cara Pemohonan |
---|---|---|
10 | Atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman | 10%: Diskaun 10% akan diberikan pada setiap hujung bulan. Peminjam boleh menyemak penyata pinjaman masing-masing mulai 7 hari bulan pada bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 10% dikemas kini. Semakan penyata pinjaman boleh dibuat melalui Portal Rasmi PTPTN dan aplikasi myPTPTN |
10 | Penyelesaian sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan baki hutang | |
15 | Bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus (Direct-Debit) mengikut jadual bayaran balik | 15%: Diskaun 15% diberikan pada setiap hujung bulan. Peminjam boleh menyemak penyata pinjaman masing-masing mulai 7 hari bulan pada bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 15% dikemas kini. Semakan penyata pinjaman boleh dibuat melalui aplikasi myPTPTN atau Portal Rasmi PTPTN |
Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh melayari Portal Rasmi PTPTN atau menghubungi PTPTN melalui saluran berikut: