PERKESO - Program Saringan Kesihatan (HSP) 3.0
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 04/01/2024

  • Program Saringan Kesihatan (HSP) adalah sebuah program yang ditawarkan oleh PERKESO yang menawarkan pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA kepada pekerja bagi pengesanan awal Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) seperti diabetes, darah tinggi, kanser dan risiko penyakit jantung.

  • Program ini akan dilaksanakan bermula 16 Mei 2023 sehingga tahun 2024.

  • PERKESO telah menambahbaik program HSP Fasa 3 (HSP 3.0) dengan meningkatkan parameter saringan kesihatan dengan menawarkan ujian pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi pengesanan lebih banyak faktor risiko.

  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal SEHATi.

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Telipon

TELEFON

+60-300-22-8000

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Tiada Permohonan Diperlukan
Skim Perubatan MADANI
Skim Perubatan MADANI adalah sebuah skim kesihatan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd bagi golongan B40 bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan mereka terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut) disamping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.Di bawah skim tersebut, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta tanggungan boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar Bermula 15 September 2023, Skim Perubatan MADANI diperluaskan ke seluruh Malaysia berikutan sambutan yang menggalakkan Skim Perubatan MADANI memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama di antara sektor awam dan swasta, terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut merangkumi:Demam dan selsemaCirit-birit dan muntahTerseliuhSakit kepalaTrauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain. Rawatan yang tidak terangkum dalam skim tersebut adalah:Imunisasi rutinSaringan kesihatanRawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutinRawatan susulan ibu dan anak rutinPerancangan keluarga rutinPerkhidmatan rehabilitasiPermintaan ubat tanpa konsultasi doktorPermintaan suplemen Skim Perubatan MADANI ditawarkan secara automatik sebagai kemudahan kepada golongan yang berkelayakan bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023, mengikut kategori berikut:Kategori (bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah)Jumlah Kos Rawatan yang DitanggungSehingga 31 Disember 2023 (RM)Isi Rumah BerkeluargaRM250Warga Emas (tanpa pasangan)RM125Bujang- 21-59 tahun- 19-59 tahun (bujang berstatus OKU)RM75*Nota: Jumlah caj rawatan bagi setiap lawatan adalah dalam lingkungan RM60 - RM160, tertakluk kepada jenis rawatan  Penglibatan Klinik Perubatan Swasta (General Practitioner - GP) dalam perkhidmatan Skim Perubatan MADANI Mana-mana klinik swasta yang terletak di lokasi yang tersenarai dalam senarai lokasi fasa rintis dan berminat untuk berdaftar sebagai klinik panel di bawah program Skim Perubatan MADANI, boleh mengemukakan pendaftaran secara dalam talianSila rujuk jadual bagi sesi "Taklimat & Onboarding" dan sesi Soal & Jawab (Q&A) Open Door bersama pihak ProtectHealth untuk maklumat lanjutUntuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Skim Perubatan MADANI
Permohonan Dibuka
KKM - Program Pemantapan Pengurusan Penyakit Jarang Jumpa
Penyakit Lysosomal Storage Diseases (LDS) adalah sejenis penyakit yang jarang diwarisi dan ini menimbulkan cabaran kepada penyedia kesihatan untuk mengadakan diagnostik dan terapeutik dan telah diklasifikasikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai Penyakit Jarang Jumpa (PJJ)Kerajaan Malaysia melalui KKM telah memperkenalkan Program Terapi Penggantian Enzim (Enzyme Replacement Therapy - ERT) untuk LSD/PJJ bertujuan untuk menyediakan akses bersubsidi kepada ubat-ubatan serta rawatan yang diperlukan oleh pesakit-pesakit yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh KKM selain turut memelihara kebajikan mereka dalam masyarakatPermohonan untuk program ini dibuka mulai 3 Julai 2023 sehingga mencapai had kuota permohonan  
Tiada Permohonan Diperlukan
KKM / ProtectHealth - PeKa B40
Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 atau PeKa B40 adalah sebuah bantuan kesihatan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan bagi golongan berpendapatan rendah bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan dengan memberi tumpuan terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD)Antara manfaat PeKa B40 yang boleh dinikmati adalah :Saringan kesihatan di klinik kesihatan atau klinik swasta,Bantuan alatan perubatan sehingga RM20,000, Insentif mendapatkan rawatan kanser sehingga RM 1,000Insentif tambang pengangkutan sehingga RM 1,000PeKa B40 ditawarkan kepada warganegara Malaysia dalam kumpulan B40Tiada pendaftaran khusus diperlukan untuk menyertai PeKa B40Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Peka B40