Terakhir dikemas kini pada 09/10/2024
Bantuan Awal Persekolahan adalah bantuan tunai di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi semua murid bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa / penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan akan datang
Pembayaran dibuat secara one-off (sekali bayar) sebanyak RM150 kepada setiap murid dan penyaluran bermula pada 11 Januari 2024 untuk (Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 / setaraf sesi persekolahan 2023 / 2024) manakala pada 10 Mac 2024 (Murid Tahun 1 sesi persekolahan 2024 / 2025)
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Bagi pelajar baru Tahun 1 dan Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang bersekolah di:
i. Sekolah kerajaan (SK)
ii. Sekolah bantuan kerajaan (SBK)
iii. Sekolah agama
iv. Sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM tidak termasuk sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat
v. Kolej PERMATA
vi. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
vii. Sekolah Intergriti
viii. Sekolah Henry Gurney
ix. Maktab Rendah Sains MARA dan
x. Maktab Tentera Diraja
Nota : Bantuan BAP akan disalurkan melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing