LHDNM - Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 26/01/2024

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bertujuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup

  • Mulai Isnin, 29 Januari 2024, pembayaran STR Fasa 1 untuk penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR akan dikreditkan ke dalam akaun bank mereka atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing

  • Pemohon yang tiada dalam pangkalan data STR perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan

    Kategori Penerima

    Kadar Bayaran STR Fasa 1

    Isi Rumah
    (≤ RM2,500)

    RM500

    Isi Rumah
    (RM2,501-RM5,000)

    RM100-RM300

    Warga Emas Tiada
    Pasangan

    RM150

    Bujang

    RM100

  • Pembayaran STR Fasa 1 mengikut kategori kelayakan seperti berikut: 

    Jenis Penerima

    Pembayaran STR Fasa 1

    Kaedah Pembayaran

    Mempunyai akaun bank

    29 Januari - 2 Februari 2024

    Dikreditkan terus ke dalam akaun bank

    Tiada akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak)

    Mulai 29 Januari 2024

    Pembayaran secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi STR dan Risalah STR 2024

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Telipon

TELEFON

1-800-88-2747

+603-8882 4565
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda