Tajaan latihan dan kemahiran up-skilling oleh pihak-pihak berkuasa pelabuhan kepada pelaut tempatan
Tajaan latihan dan kemahiran up-skilling kepada pelaut tempatan bagi meningkatkan pengetahuan & kompetensi sebagai pelaut (up-skilling) supaya memiliki sijil had pelayaran perkapalan tanpa batas (unlimited)
Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme bertujuan meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan peluang pendidikan kepada anak autisme di pusat pembelajaran bertauliah.
NTW 2025 ialah program latihan percuma terbesar di Malaysia dan ASEAN, berlangsung 14–21 Jun. Terbuka kepada semua, ia menawarkan pelbagai kursus kemahiran secara fizikal dan dalam talian untuk meningkatkan daya saing dan pengetahuan peserta.
Program KASIH Ibu Tunggal adalah inisiatif oleh JPW untuk memperkasakan ibu tunggal melalui tiga modul utama: pengurusan kewangan, kemahiran perundangan, dan pembangunan potensi tanpa sebarang bayaran dikenakan.
Program Celik MADANI memberi peluang kepada 100,000 pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke IPT untuk membuka akaun ASB bernilai RM50 secara percuma
Bantuan subsidi tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu. Bantuan ini dapat menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan kenderaan diesel.
Kad Pekerja Madani memberi diskaun hingga 30% kepada ahli kesatuan sekerja di lebih 100 syarikat, termasuk pasaraya, pakaian, makanan, minuman, perjalanan, dan penginapan.
Rawatan Dialisis Peritoneal bagi pesakit buah pinggang tahap akhir (End Stage Kdney Disease - ESKD) diperluaskan untuk semua pesakit KKM di seluruh negara
RMT ialah bantuan makanan oleh KPM bagi murid rendah luar bandar & B40 untuk tingkat kesihatan, fizikal & amalan pemakanan melalui bekalan harian dan susu