Geran bagi persatuan penduduk/rukun tetangga bertujuan untuk melaksana pelbagai program kesukarelaan, perpaduan serta aktiviti pencegahan jenayah dan bencana
Meneruskan penyediaan perkhidmatan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkaitan kad pengenalan, surat beranak dan surat kematian bagi penduduk di pedalaman
KPM - Jawatankuasa Khas Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
Penubuhan jawatankuasa khas rentas Kementerian bertujuan untuk menetapkan sasaran & langkah bagi meningkatkan penyertaan bidang STEM di kalangan pelajar sekolah menengah
KPT - Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) TVET MADANI
Program pembelajaran di kolej komuniti bagi komuniti rentan seperti OKU, Orang Asli, ibu tunggal & warga emas bertujuan untuk meningkatkan akses pendidikan
KPT - Program Upaya Komuniti MADANI Kementerian Pendidikan Tinggi (UpayaKPT)
Memperhebat pelaksanaan program dengan peruntukan RM1 juta bagi setiap universiti awam bertujuan untuk meningkatkan tahap sosioekonomi dan mendaya upaya usahawan setempat
Geran antara RM50 ribu - RM100 ribu bagi menjayakan Program Komuniti MADANI, iaitu satu program untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti
KPDN - Program Penyeragaman Harga Barang di Sabah, Sarawak & Labuan
Program penyeragaman harga barangan keperluan asas di Sabah, Sarawak & Labuan bertujuan untuk memastikan penduduk menikmati harga barangan pada kadar sama
Membina & menaik taraf jalan kampung dan desa di Kelantan, Perlis dan Negeri Sembilan bertujuan untuk mengukuhkan ketersambungan rangkaian pengangkutan
Melebar Lebuh Raya Utara Selatan dari Sedenak ke Simpang Renggam, Johor daripada empat kepada enam lorong bertujuan untuk menampung peningkatan kenderaan
MOT- Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST)
Perluasan pelaksanaan program SBST ke 12 lokasi tambahan di Kuala Terengganu (Fasa 2), Kota Bharu, Kuantan & Kota Setar bertujuan memberi Rakyat akses kepada perkhidmatan bas
KPT - Baik Pulih & Pengantian Kemudahan & Prasarana IPTA
Penyelenggaraan dan pembaikan prasarana & penggantian peralatan usang serta perolehan peralatan bagi IPTA bertujuan untuk menyediakan kemudahan pembelajaran yang baik
Membaik Pulih & Menyelenggara Rumah-Rumah Ibadat Bukan Islam
Bantuan kewangan bagi pengurusan rumah-rumah ibadat bukan Islam yang berdaftar bertujuan untuk membiaya kerja membaik pulih & menyelenggara rumah ibadat
KPM - Naik Taraf Bangunan & Prasarana Daif Sekolah
Kerja-kerja naik taraf bangunan & prasarana daif di 450 buah sekolah, merangkumi 185 projek di Sarawak & 155 projek di Sabah bertujuan untuk meningkatkan kualiti kemudahan pendidikan negara
Penyelenggaraan Sekolah Kebangsaan, Agama, Tamil, Cina termasuk Pendidikan Khas dengan tumpuan kepada keperluan pelajar autisme bertujuan untuk meningkatkan kualiti kemudahan pendidikan negara
Menyelenggara & menaik tarif makmal komputer sekolah, memperoleh peralatan baharu & kerjasama wakil industri sebagai tenaga pengajar bertujuan untuk menggalakkan minat murid mempelajari STEM
Program jelajah bagi mendapatkan cadangan & mengambil kira kekhuatiran ibu bapa, warga pendidik & industri dalam usaha merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Negara
Menggantikan & meluaskan capaian Wi-Fi di semua universiti awam & pendigitalan hospital pengajar universiti bertujuan untuk memastikan capaian internet yang lebih baik
Penubuhan pusat pengajian kecerdasan buatan pertama negara di Universiti Teknologi Malaysia bertujuan untuk memperhebat penerokaan bidang AI rentas disiplin ilmu
Projek pembangunan baharu di Kompleks Hospital Pengajar USIM, Hospital Sultanah Aminah 2, Hospital Raja Perempuan Zainab II & Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM
Menyenggara sistem teknologi maklumat & menyediakan Clinic Management System Subscription (CCMS) di 100 klinik kesihatan bertujuan untuk capaian data pesakit lagi pantas
Membaik pulih 400 klinik uzur yang masih mempunyai struktur kayu & pendawaian usang bertujuan untuk memastikan fasiliti kesihatan yang selesa & selamat untuk digunakan
Dana ini disediakan bagi membantu menampung kos operasi harian pengendali bas henti-henti yang perlu meneruskan perkhidmatan di laluan kurang penumpang di kawasan desa
Meneruskan cadangan pembinaan 5 stesen LRT3 yang melibatkan stesen Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja & Bandar Botanik yang bakal memanfaatkan 2 juta penduduk di sekitar Lembah Klang
Tambahan kepada 2,000 renjer hutan dengan mengutamakan khidmat komuniti orang asli, veteran tentera & polis bertujuan untuk memelihara hidupan liar & alam sekitar
Meneruskan pelaksanaan Program Denai Sungai Kebangsaan selaras dengan pendekatan Natura-Based Solutions bertujuan untuk menangani cabaran sosio alam sekitar
Memuktamadkan Akta Kredit Pengguna menjelang akhir tahun 2023 bagi melindungi semua pengguna kredit termasuk pengguna kredit bukan bank dan perusahaan mikro dan kecil.
Dana bagi memelihara & memulihara bangunan & tapak warisan sedia ada & berpotensi diiktiraf oleh UNESCO seperti di Gua Niah, Lembah Bujang, dan Royal Belum
Dana Bagi Mengetengahkan Karya Seni & Sastera Negara, Mempergiatkan Persembahan Teater Warisan Serta Memupuk Minat Membaca Karya Agung
Dana bagi agensi yang berpotensi bertujuan untuk mengetengahkan karya seni & sastera negara, mempergiatkan persembahan teater warisan, memupuk minat membaca karya agung dalam kalangan belia
MINDEF / KDN - Menyelenggara, Membaiki & Memperoleh Harta Modal di Pintu Masuk Antarabangsa
Menyelenggara, membaiki & memperoleh harta modal di pintu-pintu masuk antarabangsa seluruh negara bertujuan untuk memperkasakan keselamatan sempadan & perairan negara
Menyelenggara, membaiki prasarana, menggantikan peralatan lama yang usang & perolehan peralatan di 4 universiti teknikal bertujuan untuk meningkatkan tahap keselesaan & keselamatan di IPT
Sumbangan Khas Imam, Bilal, Tok Siak, Noja, Marbut, Guru KAFA & Guru Takmir
Bantuan tunai one-off RM700 bagi imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA & guru takmir bertujuan untuk menghargai sumbangan mereka dalam menyebarkan syiar Islam
JAKIM - Menyelenggara & Menaik taraf Prasarana Institusi Pendidikan Islam
Menyelenggara & menaik taraf prasarana sekolah agama rakyat, institusi pondok berdaftar & sekolah tahfiz bertujuan untuk memperkasakan pendidikan ilmu Islam
Membangunkan ekosistem sukan menyeluruh, termasuk penyelenggaran & menaik taraf fasiliti bagi atlet bertujuan untuk meningkatkan kualiti latihan & fasiliti sukan
Penganjuran Aktiviti Sukan & Riadah Untuk Warga Emas
Menganjurkan aktiviti sukan & riadah bagi warga emas bertujuan untuk menyemarakan semangat kesukanan sekaligus membentuk warga emas yang aktif & cergas