Sistem MYeHALAL
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Sistem MYeHALAL adalah sebuah platform digital yang diperkenalkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sistem ini bertujuan untuk memudahkan proses permohonan dan pengesahan sijil HALAL untuk produk makanan, minuman, dan barang keperluan lain. 

 

  • MYeHALAL membolehkan pengusaha dan pihak berkepentingan membuat permohonan, memantau status permohonan, serta mendapatkan sijil HALAL secara lebih efisien melalui satu sistem bersepadu. 

 

  • Sistem ini juga menyediakan pelbagai maklumat penting mengenai pematuhan dan peraturan halal di Malaysia, serta menggalakkan pengusaha untuk mematuhi garis panduan dan standard yang ditetapkan. 

 

  • Kerajaan akan menambah 100 lagi juruaudit halal JAKIM bagi mempercepatkan urusan pengeluaran sijil halal. 

 

  • Sistem MYeHALAL juga ditambah baik bagi memusatkan 20 agensi kerajaan dan 100 badan pensijilan halal luar negara di bawah satu platform.
Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Jabatan Perdana Menteri (JPM), JAKIM
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda