Terakhir dikemas kini pada 27/02/2025
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah inisiatif di bawah Payung Rahmah, dikendalikan oleh LHDNM melalui Belanjawan 2025 untuk membantu golongan kurang berkemampuan mengatasi cabaran kos sara hidup.
Permohonan baharu dan kemas kini dibuka sepanjang tahun
Pembayaran STR adalah seperti berikut:
Bil. | Fasa | Tarikh & Kaedah Pembayaran |
1 | Fasa 1 |
|
2 | Fasa 2 | Tarikh agihan dan kaedah bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa |
3 | Fasa 3 | Tarikh agihan dan kaedah bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa |
4 | Fasa 4 | Tarikh agihan dan kaedah bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa |
Nota: Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Kategori Individu | Syarat Kelayakan |
---|---|
Isi Rumah |
|
Warga Emas Tiada Pasangan |
|
Bujang |
|
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Pendapatan | Kadar STR 2024 | |||
Isi Rumah | Anak ≥ 5 | Anak 3 - 4 | Anak 1 - 2 | Anak 0 |
≤ RM2,500 | RM2,500 | RM2,000 | RM1,500 | RM1,000 |
RM2,501 - RM5,000 | RM1,250 | RM1,000 | RM750 | RM500 |
Warga Emas Tiada Pasangan | ||||
≤ RM5,000 | RM600 | |||
Bujang | ||||
≤ RM2,500 | RM600 |
Permohonan baharu STR 2025 boleh dikemukakan melalui:
i. Secara luar talian dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun di laman rasmi LHDNM; atau
ii. Secara dalam talian di Laman Rasmi STR, sila rujuk Panduan Pengguna Laman Rasmi STR 2025 bagi tatacara untuk membuat permohonan
Kemas Kini STR 2025 boleh dikemukakan melalui:
i. Secara luar talian dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun di laman rasmi LHDNM; atau
ii. Secara dalam talian di Laman Rasmi STR, sila rujuk Panduan Pengguna Laman Rasmi STR 2025 bagi tatacara untuk membuat Kemas Kini STR 2025
Peti Surat STR,
GPO Shah Alam,
40800 Shah Alam,
SELANGOR
Atau
Sekretariat STR,
Pejabat STR,
Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia,
Presint 2, 62592 PUTRAJAYA
Nota : Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:
Individu | Jenis Dokumen |
---|---|
Pemohon |
|
Pasangan |
|
Anak |
|
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim di bawah:
i. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
iii. MySTR 2025
Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi KWSP
Syarat Kelayakan Suami:
i. Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
ii. Ahli KWSP
iii. Belum mencapai umur 75 tahun
iv. Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia
Syarat Kelayakan Isteri:
i. Warganegara Malaysia
ii. Ahli KWSP
iii. Belum mencapai umur 75 tahun
iv. Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia
Contoh pengiraan:
i. Upah suami: RM2000.00
ii. Kadar berkanun syer pekerja: 11%
iii. Amaun caruman syer pekerja: RM220.00 (RM2,000 x 11%)
iv. Amaun pindahan ialah: RM 40.00
KWSP i-Akaun | Suami boleh mendaftar i-Sayang melalui i-Akaun (Ahli) dengan merujuk Panduan Pengguna Pendaftaran i-Sayang. |
Self Service Terminal (SST) | Sediakan MyKad untuk pendaftaran i-Sayang di mana-mana SST. |
Pejabat KWSP | Kunjungi pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang - KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi. |
Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman facebook JKM
Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025
Semenanjung Malaysia, Kulim Hi-Tech Park Kedah, Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan
Perkara | Semenanjung Malaysia | Kulim Hi-Tech Park, Kedah | Sabah & WP Labuan |
---|---|---|---|
Pelarasan Tarif Elektrik | Pengguna Kategori Tarif Domestik (Tarif A)
| Pengguna Kategori Tarif Domestik (Tarif N1)
| Pengguna Kategori Tarif Domestik (Tarif DM)
|
Sarawak
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Sarawak Energy (SE)
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025
Syarat Kelayakan :
i. Warganegara Malaysia, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
ii. Berumur 16 tahun ke atas dan bukan penuntut di mana-mana institusi pendidikan;
iii. Pemegang kad OKU yang berdaftar dengan JKM;
iv. Pendapatan bulanan minimum RM100 sehingga RM1,700 (gaji pokok, elaun, kerja lebih masa, pendapatan dari sewa rumah, pencen, zakat, sumbangan dan lain-lain); atau
v. Kes-kes yang melebihi pendapatan RM1,700 atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan
Nota: Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3-jadual kesembilan Senarai Perundangan.
Terakhir dikemas kini pada 28/02/2025
Kadar tuntutan elaun, bayaran serta kemudahan menjalankan tugas rasmi di dalam negeri bagi Personal MySTEP ditambah baik seperti yang berikut:
i. Elaun Perjalanan Kenderaan diselaras kepada kadar yang ditetapkan (rujuk syarat kelayakan); dan
ii. Personel MySTEP layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi MYFutureJobs
Sektor Awam | GLC, GLIC dan Rakan Strategik |
Warganegara Malaysia | |
18 Tahun ke atas | |
Lepasan Sekolah / Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia / Lulusan Diploma / Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas | Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia / Lulusan Diploma / Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas |
Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian masing-masing | Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada GLC, GLIC dan Rakan Strategik masing-masing |
Jenis / Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan Akademik | Upah (RM) |
Setaraf Ijazah Sarjana Muda | 2,100 |
Setaraf Diploma / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia | 1,900 |
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia | 1,700 |
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia | 1,500 |
Bil. | Jenis Kemudahan | Perincian |
1. | Cuti Rehat |
|
2. | Cuti Sakit |
|
3. | Perlindungan Sosial |
|
Elaun / Bayaran / Kemudahan | Lantikan setara Kelayakan akademik | Kadar Elaun | |||
Elaun makan |
Ijazah Sarjana Muda | Semenanjung Malaysia | Sabah dan Sarawak | ||
RM45 | RM65 | ||||
Diploma / STPM | RM40 | RM55 | |||
SPM | RM40 | RM55 | |||
Tiada SPM | RM35 | RM50 | |||
Elaun Harian | Ijazah Sarjana Muda / Diploma / STPM / SPM / Tiada SPM | Separuh daripada kelayakan Elaun Makan | |||
Bayaran Sewa Hotel / Elaun Lojing |
Ijazah Sarjana Muda | Semenanjung Malaysia | Sabah dan Sarawak | ||
Hotel | Lojing | Hotel | Lojing | ||
RM220 | RM60 | RM250 | RM70 | ||
Diploma / STPM | RM200 | RM50 | RM230 | RM60 | |
SPM | RM180 | RM50 | RM210 | RM60 | |
Tiada SPM | RM160 | RM50 | RM190 | RM60 | |
Elaun Perjalanan Kenderaan | Ijazah Sarjana Muda / Diploma / STPM / SPM / Tiada SPM |
| |||
Pengangkutan Awam | Ijazah Sarjana Muda / Diploma / STPM / SPM / Tiada SPM |
| |||
Kemudahan Perjalanan Udara Rasmi | Ijazah Sarjana Muda / Diploma / STPM / SPM / Tiada SPM | Personel MySTEP layak untuk menggunakan kemudahan perjalanan udara rasmi bagi perjalanan dalam negara (domestik) seperti mana ketetapan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 2.5 Kemudahan Perjalanan Udara Rasmi. |
Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025
Seniors Back In Action (SEBA) adalah satu inisiatif di bawah Program Latihan MADANI (PLM) yang dikendalikan oleh HRD Corp bertujuan untuk memberikan peluang upskilling dan reskilling kepada warga emas dan pesara supaya mereka boleh:
i. Meningkatkan peluang pekerjaan dalam sektor yang berbeza atau dalam kapasiti baru.
ii. Menjana pendapatan sendiri dengan menggunakan pengalaman dan kepakaran mereka.
iii. Mengurangkan beban kewangan warga emas dan pesara melalui peluang kerja dan inisiatif sosial.
iv. Meningkatkan kesedaran masyarakat supaya lebih menerima warga emas kembali ke dunia pekerjaan.
Tempoh latihan:
i. Minimum: 3 hari (24 jam, 8 jam sehari)
ii. Maksimum: 3 bulan Mesti dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh surat pelantikan.
Syarat kelayakan:
i. Warga emas Malaysia atau pesara berumur 60 tahun ke atas
Sebagai Peserta:
i. Layari portal Upskill Malaysia
ii. Cari dan pilih kursus di bawah inisiatif SEBA yang sesuai dengan minat dan keperluan anda.
iii. Ikuti arahan pendaftaran yang disediakan di portal tersebut.
Sebagai Penyedia Laihan:
i. Layari laman web rasmi HRD Corp.
ii. Klik pada pautan "Submit Your Proposal" untuk dihantar ke portal Upskill Malaysia.
iii. Log masuk menggunakan akaun e-TRiS anda dan ikuti arahan untuk menghantar cadangan kursus.
Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025
Kadar bayaran bagi Bantuan Am Persekutuan adalah seperti berikut:
i. Minimum: RM150 sebulan bagi seorang individu.
ii. Maksimum: RM500 sebulan bagi sebuah keluarga.
Nota: Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan, kadar bantuan dan had bantuan adalah tidak seragam dan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
ii. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
iii. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain;
iv. Faktor-faktor lain yang difikirkan sesuai dengan mengambil kira keadaan ekonomi, kesihatan dan tanggungan pemohoon; atau
v. Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan
Terakhir dikemas kini pada 27/02/2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuklaman rasmi KPDN
Terakhir dikemas kini pada 27/02/2025
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi PAWE
Nota : Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada warga emas yang mengikuti aktiviti di Pusat Aktiviti Warga Emas