KPM - Naik Taraf Bangunan & Prasarana Daif Sekolah
Kerja-kerja naik taraf bangunan & prasarana daif di 450 buah sekolah, merangkumi 185 projek di Sarawak & 155 projek di Sabah bertujuan untuk meningkatkan kualiti kemudahan pendidikan negara
Penyelenggaraan Sekolah Kebangsaan, Agama, Tamil, Cina termasuk Pendidikan Khas dengan tumpuan kepada keperluan pelajar autisme bertujuan untuk meningkatkan kualiti kemudahan pendidikan negara
Menyelenggara & menaik tarif makmal komputer sekolah, memperoleh peralatan baharu & kerjasama wakil industri sebagai tenaga pengajar bertujuan untuk menggalakkan minat murid mempelajari STEM
Projek pembangunan baharu di Kompleks Hospital Pengajar USIM, Hospital Sultanah Aminah 2, Hospital Raja Perempuan Zainab II & Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM
Membaik pulih 400 klinik uzur yang masih mempunyai struktur kayu & pendawaian usang bertujuan untuk memastikan fasiliti kesihatan yang selesa & selamat untuk digunakan
Menyelenggara Perumahan Berstrata Kos Rendah & Sederhana Awam & Swasta
Menyelenggara perumahan berstrata kos rendah & sederhana awam & swasta seluruh negara termasuklah kerja-kerja membaiki tangki air, bumbung, & sistem pendawaian serta memasang kamera litar tertutup
KPT - Menyelenggara Prasarana Di Institut Pengajian Tinggi (IPT) & Universiti Teknikal Malaysia (MTUN)
Menyelenggara & membaiki prasarana di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta menggantikan peralatan lama yang usang termasuk perolehan peralatan bagi pengajaran & pembelajaran di Malaysia Technical University Network (MTUN)
Perolehan peralatan perubatan di hospital KKM bagi menggantikan peralatan yang mencecah Beyond Economic Repair (BER) bertujuan untuk memenuhi keperluan pelbagai disiplin perkhidmatan baharu
Meneruskan penyediaan perkhidmatan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkaitan kad pengenalan, surat beranak dan surat kematian bagi penduduk di pedalaman
KPM - Jawatankuasa Khas Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
Penubuhan jawatankuasa khas rentas Kementerian bertujuan untuk menetapkan sasaran & langkah bagi meningkatkan penyertaan bidang STEM di kalangan pelajar sekolah menengah
KPT - Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) TVET MADANI
Program pembelajaran di kolej komuniti bagi komuniti rentan seperti OKU, Orang Asli, ibu tunggal & warga emas bertujuan untuk meningkatkan akses pendidikan
Penambahbaikan RMT bagi pelajar sekolah menerusi bekalan susu harian, meluaskan skop penerima & menaikkan kadar bekalan susu harian bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan pelajar
Program Upskilling bersama Jabatan Penjara Malaysia bagi membantu banduan dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengusahakan aktiviti dan projek pertanian
Tambahan kepada 2,000 renjer hutan dengan mengutamakan khidmat komuniti orang asli, veteran tentera & polis bertujuan untuk memelihara hidupan liar & alam sekitar
Meneruskan pelaksanaan Program Denai Sungai Kebangsaan selaras dengan pendekatan Natura-Based Solutions bertujuan untuk menangani cabaran sosio alam sekitar
Cadangan pindaan bagi Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bagi membolehkan penagih dadah menerima rawatan dan pemulihan tanpa dimasukkan ke institusi penjara
Mewujudkan pangkalan data maklumat unik genetik rakyat Malaysia ke arah pendekatan precision medicine untuk mengurangkan perbelanjaan rawatan kesihatan
Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT)
Instrumen pembayaran fiskal Kerajaan Persekutuan berdasarkan indikator ekologi bertujuan untuk menyokong usaha Kerajaan Negeri memelihara & memulihara biodiversiti
Program melibatkan pengoptimuman penggunaan tanah, pembekalan baja bio & organik serta perolehan baja bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran tanaman makanan tempatan
Dana bagi memelihara & memulihara bangunan & tapak warisan sedia ada & berpotensi diiktiraf oleh UNESCO seperti di Gua Niah, Lembah Bujang, dan Royal Belum
Selenggara & Memulihara Lokasi Tarikan Pelancongan
Dana untuk Kerajaan Negeri bagi menyelenggara dan memulihara lokasi seperti Tasik Timah Tasoh di Perlis, Kenong Rimba Park di Pahang, & Pantai Teluk Kemang di Negeri Sembilan
Penganjuran Aktiviti Sukan & Riadah Untuk Warga Emas
Menganjurkan aktiviti sukan & riadah bagi warga emas bertujuan untuk menyemarakan semangat kesukanan sekaligus membentuk warga emas yang aktif & cergas
Memartabat Seni, Budaya, Bahasa & Sastera Kebangsaan
Peruntukan kepada agensi berpotensi untuk mengetengahkan karya seni dan sastera negara, mempergiat persembahan teater warisan serta memupuk minat membaca karya agung di kalangan belia