Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)
Terakhir dikemas kini pada
28/02/2025
- Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) adalah pemerkasaan bantuan & kemudahan di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Kementerian Ekonomi (KE) bagi golongan B40 dan miskin tegar bertujuan untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40.
- IPR menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaaan makanan dan operator perkhidmatan.
- ​Permohonan IPR terdiri daripada kategori Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)
Kategori golongan pemohon yang menjadi sasaran penggerak IPR:
KRITERIA | INTAN | INSAN | IKHSAN |
---|
Sasaran Penggerak | - Syarikat pertanian
- Rantaian peruncitan makanan
- Pengeksport
- Agensi-agensi kerajaan berkaitan
- Koperasi
| - Pengusaha mesin menjual (vending machine)
- Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka
- Pemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan Negeri
- Institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat
- Stesen-stesen LRT
- Hospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf
| - Syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan presmis
- Premis-premis agensi kerajaan
|
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda