- Program Jaguh Serantau ialah skim pembiayaan oleh Bank Perusahaan Kecil Dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) yang berkonsepkan Islamik di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk kemudahan pembiayaan modal kerja dan/atau pembelian aset untuk menyokong PKS Bumiputera yang berpotensi untuk menjadi Jaguh Serantau:
Perkara | Penerangan |
---|
Tempoh Pelaksanaan | - Sehingga 31 Disember 2025
|
---|
Kemudahan Pembiayaan | - Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i)
- Pembiayaan Ijarah Thummal Bai' (ITB)
|
---|
Had Pembiayaan | - Minimum: RM100,000
- Maksimum: RM10.0 juta
|
---|
Kadar Keuntungan | - Daripada KPA + 0.00% setahun hingga KPA + 2.50% setahun (selepas subsidi kadar keuntungan 1.00% setahun)
|
---|
Margin Pembiayaan | Margin Pembiayaan tertakluk kepada polisi semasa SME Bank seperti berikut: i. Loji / Mesin / Peralatan: - Baharu: Sehingga 80%
- Terpakai / Diperbaharui / Dibaik pulih: Sehingga 70%
ii. Dandang (Boiler) / Kren: - Baharu: Sehingga 80%
- Terpakai / Diperbaharui / Dibaik pulih: Sehingga 70%
iii. Kenderaan: - Kenderaan Baharu : Sehingga 90%
- Terpakai / Diperbaharui / Dibaik pulih : Sehingga 70%
iv. Pengubahsuaian: - Premis milik sendiri: Sehingga 70%
- Premis yang disewa: Sehingga 50%
v. Tanah: Sehingga 80% vi. Bangunan: Sehingga 90% vii. Modal Kerja Berjangka: Sehingga 100%
|
---|
Tempoh Pembiayaan | Tempoh Pembiayaan adalah tertakluk kepada polisi semasa SME Bank seperti berikut: i. Mesin / Peralatan / Kenderaan: - Baharu: Sehingga 7 tahun
- Terpakai / Diperbaharui / Dibaik pulih: Sehingga 5 tahun
ii. Pengubahsuaian: - Premis milik sendiri: Sehingga 7 tahun
- Premis sewa: Sehingga 5 tahun
iii. Loji / Dandang (Boiler) / Kren: Sehingga 10 tahun iv. Tanah / Bangunan: Sehingga 20 tahun v. Modal Kerja Berjangka: Sehingga 5 tahun
|
---|
Cagaran | - Cagaran yang diterima oleh pihak Bank tertakluk kepada polisi SME Bank
|
---|
Nota:
i. Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang dijadikan sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.
ii. Perlindungan Takaful diperlukan bagi pembiayaan modal kerja yang melibatkan pembelian stok (bahan mentah, barang separuh siap).
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi SME Bank
Syarat Kelayakan:
i. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) seperti yang didefinisikan oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) termasuk Perusahaan Besar dengan jumlah pegangan ekuiti sebanyak 51% atau lebih oleh Bumiputera.
ii. Perniagaan patuh Syariah.
iii. Produk atau servis yang ditawarkan telah berada di pasaran serantau atau bersedia untuk dieksport ke pasaran serantau.
v. Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya dua (2) tahun.
vi. Sekurang - kurangnya 5% pertumbuhan pendapatan tahunan dan mencatatkan keuntungan pada dua (2) tahun terkini untuk operasi (kecuali untuk tahun kewangan berakhir 2020 dan 2021, di mana terjejas akibat pandemic COVID-19 / Perintah Kawalan Pergerakan).
- Salinan kad pengenalan untuk semua pengarah/pemegang saham/rakan kongsi/pemilik/penjamin
- Salinan pendaftaran perniagaan yang sah
- Dokumen kesetiausahaan yang diperakui
- Akaun beraudit atau akaun pengurusan terkini
- Penyata akaun bank untuk 6 bulan terakhir yang disahkan
- Pelan perniagaan
- Lain-lain dokumen yang berkaitan yang diperlukan oleh pihak Bank