Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK)
Terakhir dikemas kini pada
27/01/2025
Perkara | Penerangan |
---|
Skop Pembiayaan | - Pembelian Mesin dan Peralatan
- Modal Pusingan (Usahawan baru sahaja) merangkumi:
- 60% pembiayaan
- 40% geran (sekiranya rekod bayaran adalah baik)
|
Had Pembiayaan | Pembelian mesin dan peralatan - Minima: RM3,000
- Maksima:RM500,000
Modal Pusingan - 3 bulan pada 20% daripada kelulusan pembiayaan mesin dan peralatan dengan had maksima RM50,000 atau mana-mana nilai yang terendah
|
Tempoh Pembiayaan | 1-5 tahun (12-60 bulan) |
Jaminan / Cagaran | Tiada |
Kadar Keuntungan | 0% |
- Warganegara Bumiputera berumur 18-60 tahun
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa
- Mempunyai daftar perniagaan yang sah daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Mempunyai premis perniagaan
- Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa
- Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan dan tidak lebih daripada lima (5) tahun
- Perniagaan Patuh Syariah
- Bebas daripada Senarai Hitam MARA
Syarat Khusus:
- Mempunyai Ijazah/Diploma/Sijil Kemahiran Teknikal daripada Institusi Pendidikan MARA (IPMA)/Institusi teknikal kerajaan atau swasta
- Permohonan secara dalam talian di Portal MyUsahawan atau permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
TEKUN - Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PPUS)
Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PPUS) adalah sebuah program pembiayaan mikro di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi golongan siswazah yang telah menamatkan pengajian/telah bekerja dan berminat bertujuan untuk memulakan perniagaan tetapi kekurangan modal. Berikut adalah maklumat kemudahan pembiayaan tersebut: Perkara Penerangan Jumlah Pinjaman RM1,000.00 - RM100,000 sahaja Tempoh Bayaran Balik 6 bulan - 120 bulan (10 tahun) Sumbangan Tabung Pengurusan 4% setahun Simpanan wajib 5% setahun Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi TEKUN - Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PPUS)