Terakhir dikemas kini pada 14/01/2025
Ikhtiar Kiosk Sentuhan MADANI telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada Oktober 2024. Untuk fasa pertama, konsep KSM ini telah dibangunkan dengan melibatkan kiosk sedia ada oleh 6 agensi, iaitu KWSP, JPJ, SSM, MyDigitalID, TNB and Pos Malaysia dan meletakkan kiosk-kiosk ini di satu tempat yang senang diakses orang ramai seperti pusat membeli-belah.
Bagi sesetengah golongan, mereka mungkin tidak yakin membuat urusan melalui komputer/ telefon pintar atas sebab keselamatan, kelajuan internet atau keselesaan antaramuka pengguna (user interface), di mana interface kiosk lebih besar dan senang dilihat.
Buat masa ini, kiosk MyDigitalID menawarkan dua perkhidmatan, iaitu pendaftaran dan pembatalan MyDigitalID