Program NUR: CHILLER adalah program yang dilaksana oleh SEDA Malaysia dengan memberikan e-Rebat sebanyak RM250/RT (maksimum sebanyak RM75,000) kepada pemilik syarikat yang menukar chiller baharu bagi tujuan comfort cooling pada tahun 2025.
Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama dua (2) tahun dari Januari 2025 hingga Disember 2026.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi PETRA
Syarat Kelayakan:
Keutamaan diberikan kepada sistem chiller yang telah beroperasi 10 tahun ke atas
Tahap kecekapan tenaga yang rendah berdasarkan Malaysian Standards: (MS) 1525
Tujuan penyaman udara (comfort cooling) terbuka kepada pemilik bangunan industri dan komersial di seluruh Malaysia
Rebat sebanyak RM250/RT (Maksimum RM 75,000 bersamaan 300 RT) bagi setiap pemilik bangunan
Fasa Permohonan:
Permohonan dibuat oleh pemohon
Lawatan tapak oleh verifer yang dilantik SEDA Malaysia untuk semakan tahap kecekapan tenaga dan usia chiller
JK Penilaian dan Pemantauan menimbang dan meluluskan
Pemakluman kepada pemohon mengenai kelulusan jumlah rebat berdasarkan kapasiti RT yang diluluskan
Fasa Pelaksanaan:
Kerja-kerja penukaran chiller akan dimulakan dan pemohon perlu menyatakan jadual perancangan projek
Testing dan commissioning chiller baru
Verifer akan menjalankan tugas post installation verification di tapak
Laporan post installation akan dibentangkan ke JK Penilaian dan Pemantauan untuk kelulusan pembayaran
Tuntutan oleh penerima rebat
SEDA Malaysia akan membuat pembayaran berdasarkan kelulusan
AGENSI PELAKSANA
Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA Malaysia)