Bantuan subsidi tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu. Bantuan ini dapat menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan kenderaan diesel.
Kad Pekerja Madani memberi diskaun hingga 30% kepada ahli kesatuan sekerja di lebih 100 syarikat, termasuk pasaraya, pakaian, makanan, minuman, perjalanan, dan penginapan.
EPOKU ialah bantuan tunai yang diberikan kepada OKU bagi menggalakkan mereka terus bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
Bantuan tunai ini disalurkan kepada pemohon, pasangan, atau waris yang layak, dengan tujuan untuk meringankan beban kewangan ahli keluarga akibat kehilangan Ketua Keluarga, waris, atau individu yang seumpamanya.
Program Celik MADANI memberi peluang kepada 100,000 pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke IPT untuk membuka akaun ASB bernilai RM50 secara percuma