Bantuan tunai ini disalurkan kepada pemohon, pasangan, atau waris yang layak, dengan tujuan untuk meringankan beban kewangan ahli keluarga akibat kehilangan Ketua Keluarga, waris, atau individu yang seumpamanya.
Bantuan tunai bagi keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup & tinggal bersama keluarga
Bantuan tunai bagi OKU yang berdaftar di bawah JKM bertujuan menggalakkan OKU untuk terus bekerja serta mampu hidup berdikari & menjadi masyarakat yang produktif
Bantuan tunai bagi penerima bantuan / anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan & menganggur untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja