NTW 2025 ialah program latihan percuma terbesar di Malaysia dan ASEAN, berlangsung 14–21 Jun. Terbuka kepada semua, ia menawarkan pelbagai kursus kemahiran secara fizikal dan dalam talian untuk meningkatkan daya saing dan pengetahuan peserta.
Program KASIH Ibu Tunggal adalah inisiatif oleh JPW untuk memperkasakan ibu tunggal melalui tiga modul utama: pengurusan kewangan, kemahiran perundangan, dan pembangunan potensi tanpa sebarang bayaran dikenakan.
Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme bertujuan meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan peluang pendidikan kepada anak autisme di pusat pembelajaran bertauliah.
Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40)
PeKa B40 ialah inisiatif kesihatan untuk golongan B40 bagi menampung keperluan rawatan penyakit tidak berjangkit melalui pelbagai bantuan dan insentif.
Peluasan ke seluruh negara bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah dalam kalangan B40 bertujuan untuk mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah skim ini