Subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar untuk manfaat rakyat Sabah dan Sarawak
Pembukaan laluan baharu antaranya Kota Kinabalu ke Layang-layang dan Miri ke Long Banga bagi memberi manfaat kepada penduduk desa & pedalaman Sabah dan Sarawak
Pemasangan HSWIM untuk mengurangkan risiko kemalangan serta mengatasi masalah kesesakan &kerosakan jalan raya yang disebabkan oleh kenderaan melebihi had muatan
Peluasan lorong bas khas bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan bas di Lembah Klang bertujuan meningkatkan kecekapan dan kebolehpercayaan perkhidmatan bas awam
Peluncuran Portal Fraud Kebangsaan bertujuan untuk memerangi penipuan dalam talian dengan kaedah pengesanan transaksi yang mencurigakan secara automatik
Inisiatif pendigitalan melibatkan PdP di UA, pengkomputeran awam untuk menaik taraf dan meluaskan infrastruktur rangkaian kampus LAN dan wifi yang telah usang
Penggunaan iPayment di semua kaunter Kerajaan bermula 2025
Penggunaan sistem iPayment kepada platform pembayaran di kaunter bagi membolehkan Rakyat membuat pembayaran secara dalam talian untuk perkhidmatan kerajaan
Menambah baik Sistem MYeHALAL bagi mengurangkan tempoh pengeluaran sijil halal dan memusatkan 20 agensi Kerajaan & 100 badan pensijilan halal luar negara
Penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO)
Penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) mengadun usaha mempertingkat penggunaan teknologi AI melalui kerjasama dengan akademia dan industri