Pelepasan Cukai Pendapatan Bagi Perbelanjaan Rawatan Perubatan, Keperluan Khas & Penjaga Untuk Ibu Bapa
Pelepasan cukai diperluaskan kepada pemeriksaan perubatan penuh ibu bapa terhad sehingga RM1 ribu bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan terhadap kesihatan ibu bapa
Pelepasan Cukai Pendapatan Ke Atas Perbelanjaan Rawatan Perubatan Diri, Pasangan & Anak
Pelepasan cukai diperluaskan kepada perbelanjaan pemeriksaan & rawatan pergigian daripada pengamal pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia terhad sehingga RM1 ribu
Lanjutan skim perlindungan kesihatan takaful percuma sehingga 2 tahun & penyediaan dana khas bertujuan untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi golongan B40 apabila menghidapi penyakit kritikal
Bantuan tunai bagi golongan yang memerlukan & keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah bantuan JKM lain bertujuan untuk membantu menampung perbelanjaan harian
JPA - Kemudahan Bantuan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi (BPMUR)
Kemudahan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi bagi Penjawat Awam diperluas kepada pakaian batik Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penghasilan batik Malaysia
Skim Ex-Gratia Bencana Kerja ditambah baik dan had siling gaji ditingkatkan daripada RM4 ribu kepada RM6 ribu selaras dengan pindaan Skim PERKESO bagi sektor swasta
Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam
Bayaran Insentif sebanyak RM2 ribu kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM1 ribu kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam
Bayaran Insentif RM1 ribu kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen bertujuan meringankan kos & beban sara hidup