Terakhir dikemas kini pada 05/01/2024
SPEED (Small PROSPER Express Evaluation & Disbursement) merupakan pakej pembiayaan berskala kecil dengan proses penilaian dan pengeluaran dana pembiayaan yang dipermudahkan.
Perkara | Penerangan |
---|---|
Jumlah Pembiayaan |
|
Kadar Keuntungan |
|
Terma Pembiayaan |
|
Skop Pembiayaan |
|
Sektor Pembiayaan |
|
Sektor yang Dibiaya |
|
Sektor yang Tidak Dibiaya |
|
Keistimewaan Pembiayaan |
|
Perkara | Penerangan |
---|---|
Syarat Kelayakan |
|
Penjamin dan Cagaran |
|
Proses Permohonan
Taklimat Pembiayaan Perniagaan
Usahawan digalakkan untuk menghadiri "Taklimat Pembiayaan Perniagaan PUNB (Berjadual)" secara atas talian.
Sila rujuk tab PEMBIAYAAN > Kalendar Aktiviti di portal PUNB untuk tarikh taklimat.
Memohon Kemudahan Pembiayaan Perniagaan
Anda boleh memohon pembiayaan perniagaan melalui https://e-mohon.punb.com.my. PUNB turut mengadakan "Bengkel Penyediaan Rancangan Perniagaan" sekiranya anda memerlukan bantuan penyediaan rancangan perniagaan.
Sila rujuk tab PEMBIAYAAN > Kalendar Aktiviti di portal PUNB untuk tarikh taklimat.
Penilaian Awal
Pegawai PUNB akan berbincang dengan anda untuk memahami cadangan perniagaan secara menyeluruh. Penilaian tertumpu kepada 5 aspek utama iaitu :
Produk
Pasaran
Pengurusan
Operasi
Kewangan
Pembentangan Cadangan Perniagaan
Jika anda melepasi awal, pegawai PUNB akan membentangkan kertas cadangan perniagaan anda kepada Jawatankuasa Pelaburan, Penilaian Jawatankuasa Pelaburan PUNB (Jawatankuasa Pelaburan PUNB) merangkumi 5 aspek di atas dan kriteria pelaburan pemohon.
Kelulusan Pembiayaan
Sebaik mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Pelaburan PUNB, anda akan menerima notifikasi melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dari PUNB bagi proses tandatangan surat tawaran pembiayaan perniagaan melalui sistem e-sain.
Penyaluran Dana & Perlaksanaan
Setelah semua dokumen dan syarat pengeluaran pembiayaan dipenuhi, PUNB akan mengeluarkan pembiayaam kepada perniagaan untuk digunakan bagi tujuan yang telah dipersetujui. PUNB akan memantau perlaksanaan perniagaan melalui hasil pembiayaan tersebut supaya sasaran perniagaan dicapai.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem e-Mohon di portal rasmi PUNB.
Anda perlu mendaftar sebagai pengguna (pengguna baharu) dan seterusnya akan diberikan kata nama dan kata laluan untuk mengakses Sistem e-Mohon. Bagi yang telah mempunyai akses ke sistem, anda boleh terus daftar masuk.
Daftar masuk dan lengkapkan semua butiran yang diperlukan dalam Sistem e-Mohon.
Anda juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti yang tersenarai di bawah untuk dimuat naik ke dalam sistem tersebut.
Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
Borang PDP1 dan PDP2 (Untuk menyemak rekod kredit pemohon dan rakan kongsi)
Salinan fotostat terkini kad pengenalan/dokumen yang setara pemohon dan rakan kongsi
Gambar passport terkini pemohon dan rakan kongsi
Carian SSM terkini (Tarikh cetakan pada Carian SSM mestilah dalam tempoh 2 bulan dari tarikh penyerahan permohonan) atau lesen perniagaan sah dari Pihak Berkuasa Tempatan (hanya jika SSM tidak tersedia)
Penyata bank terkini untuk 12 bulan (jika berkenaan)
Gambar sedia ada/cadangan premis perniagaan dan produk
Perjanjian Sewa yang sah (jika berkenaan)
Maklumat perniagaan (Templat boleh dimuat turun dari e-Mohon)
Salinan Invois/Sebut harga/Resit mengikut kos projek. Dokumen ini akan digunakan untuk penilaian dan pembayaran
Bagi permohonan atau pertanyaan berkenaan Pembiayaan SPEED, sila layari Laman Rasmi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 1300-13-7862