Agrobank - Program Dana Pembiayaan Keterjaminan Makanan (DPKM)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 07/12/2023

  • Program DPKM ialah program pembiayaan yang menyediakan kemudahan pembiayaan kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di dalam sektor pengeluaran ayam, ruminan (lembu dan kambing) dan tanaman sayuran.

  • Skop pembiayaan adalah tertakluk kepada peruntukan dan sektor yang disasarkan 

  • Had pembiayaan: Sehingga RM5 juta (setiap pelanggan/kumpulan)

  • Tempoh kemudahan pembiayaan: Sehingga 102 bulan termasuk sebarang moratorium dan/atau tempoh tangguh yang diberikan 

 

Jenis Pembiayaan 

Penerangan 

Pembiayaan Modal Kerja-i (MK-i) 
  • Untuk menyediakan perbelanjaan operasi tetapi tidak terhad kepada kos untuk pembelian benih, baja, penyelenggaraan dan sistem utiliti, gaji pekerja, kos overhead dan lain-lain yang berkaitan dengan operasi ladang 
Pembiayaan Berjangka-i/ Term Financing-i (TF-i) 
  • Untuk menyediakan perbelanjaan modal tetapi tidak terhad kepada kos input untuk pembelian benih, baja, peralatan teknologi, pemerolehan bahan untuk industri terlibat 
TWCF-i 
  • Produk-produk yang ditawarkan di bawah pembiayaan perdagangan Agrobank

 

  • Kadar keuntungan dicaj kepada pelanggan: 

Jenis Pembiayaan 

Kadar Keuntungan 

Pembiayaan Berjangka-i (TF-i) 
  • 0% untuk tempoh moratorium 6 bulan diberikan dan selepas itu pada 3.0% setahun dikira pada kadar rehat bulanan dan/atau 
  • Tempoh penangguhan sehingga 12 bulan di mana bahagian keuntungan kemudahan perlu dibayar semasa tempoh penangguhan 

Modal Kerja-i (MK-i)/

TWCF-i  

  • 3% sepanjang tempoh pembiayaan 

 

  1. DPKM Ayam

  2. DPKM Ruminan

  3. DPKM Sayur

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)
Telipon

TELEFON

1-300-88-2476

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda