Pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10% mulai 1 Mac 2024
Cadangan pelaksanaan Global Minimum Tax mulai tahun 2025 kepada syarikat multinasional yang mempunyai pendapatan global tahunan sekurang-kurangnya EUR750j
Pelaksanaan Cukai Barang Bernilai Tinggi yang akan dikenakan pada kadar antara 5%-10% ke atas barang tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan mulai 1 Mei 2024
Pindaan sistem taksiran cukai pendapatan di bawah Labuan Business Activity Tax Act 1990 berasaskan kepada tahun semasa dilaksanakan mulai tahun taksiran 2025
Penetapan kadar cukai pendapatan khas antara 0% - 10% kepada syarikat produksi filem, pelakon filem asing & kru filem yang menjalankan penggambaran filem di Malaysia
SME Corp - Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) 2.0
Program pembangunan bagi PKS Bumiputera bertujuan untuk membina kapasiti & keupayaan, meningkat produktiviti serta memudahkan akses kepada pembiayaan
SME Bank - Program Pembangunan Kapasiti & Keupayaan Vendor 2.0 (PPKV 2.0)
Program bagi syarikat vendor Bumiputera bertujuan untuk meningkatkan kapasiti & keupayaan agar kompetitif & berdaya tahan untuk menembusi pasaran domestik & antarabangsa
SME Corp - Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizME)
Program bimbingan bagi usahawan mikro bertujuan memberi latihan perniagaan, penarafan perniagaan & pensijilan, & pemantauan perniagaan mereka untuk ke tahap seterusnya
Program keusahawanan yang holistik dan berdaya saing bagi peserta Bumiputera yang ingin memulakan perniagaan, terutamanya dalam perniagaan francais dan pra-francais
Usahasama HDC & JAKIM bagi memudah cara pemprosesan pensijilan halal khusus untuk pengeksport produk halal dengan memendekkan tempoh proses daripada 51 kepada 30 hari