SME Corp – Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE X)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 18/12/2023

  • Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE X) merupakan inisiatif Kerajaan berbentuk latihan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh SME Corp Malaysia bertujuan untuk menggalakkan kepada generasi belia yang berkelayakan untuk menceburi bidang perniagaan.

  • Objektif utama Program TUBE X ini adalah untuk:

     

  1. Memupuk dan menanam semangat keusahawanan di kalangan belia 

  2. Anjakan paradigma belia dari pencari pekerjaan kepada pemilik atau pengusaha perniagaan 

  3. Membentuk daya tahan dan jati diri di kalangan belia dalam mengendalikan perniagaan sendiri 

     

  • Program ini dirancang khusus untuk mempersiapkan belia yang ingin memulakan perniagaan agar mempunyai daya tahan dari segi mental dan fizikal, selain didedahkan dengan lanskap dan cabaran dunia perniagaan yang sebenar menerusi dua (2) fasa pelaksanaan iaitu:

     

  1. FASA 1: Bengkel Asas Keusahawanan selama tujuh (7) hari. 

    Peserta akan mempelajari pelbagai elemen perniagaan seperti Jualan dan Pemasaran, Pengurusan Pentadbiran dan Sumber Manusia, Pengurusan Operasi dan Pengurusan Kewangan, Pendaftaran Perniagaan, Penjenamaan, Harta Intelek, Peraturan dan Undang-Undang Perniagaan serta Pendigitalan Perniagaan. Selain itu, peserta juga akan mendapat maklumat kemudahan bantuan oleh Kerajaan dan institusi perbankan. Di Fasa ini juga peserta seterusnya perlu menyediakan Business Model Canvas (BMC) dan membentangkan cadangan Rancangan Perniagaan (RP).

     

  2. FASA 2: Rancangan Perniagaan (RP) selama dua belas (12) bulan.

    Peserta yang berjaya menamatkan Fasa 1 akan menjalankan perniagaan berdasarkan Rancangan Perniagaan (RP) yang telah dibentangkan kepada Panel Penilai semasa Sesi Pith2Match. Perkembangan perniagaan peserta di Fasa ini akan dibimbing dan dipantau oleh Penyedia Perkhidmatan yang dilantik oleh SME Corp. Malaysia bagi memastikan TUBErs mendapat khidmat nasihat yang bersesuaian dan mencukupi agar perniagaan yang dijalankan akan dapat terus berdaya tahan dan mampan serta relevan dalam industri.

     

  • Permohonan dalam talian dibuka mulai 15 Disember 2023 hingga 14 Januari 2024 sahaja. Permohonan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima.

  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi TUBE.

 

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

SME Corp. Malaysia
Telipon

TELEFON

+603-9213 0077

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda