​​SME Corp - Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) 2.0​
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 23/01/2024

  • Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) 2.0​ ialah ​​program pembangunan perniagaan untuk PMKS Bumiputera di bawah Belanjawan 2024 bagi mewujud dan membangunkan PMKS Bumiputera usahawan yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik melalui bantuan bersepadu. 

Perkara 

Penerangan 

Objektif Program
  • Memperkukuhkan teras perniagaan PMKS
  • Membina kapasiti dan keupayaan
  • Meningkatkan produktiviti
  • Memudahkan akses kepada pembiayaan
Pakej Bantuan
  • Produktiviti dan Automasi;
  • Aplikasi Dalam Talian, e-Dagang, e-Pembayaran dan Aplikasi ICT;
  • Peningkatan Pembungkusan Produk;
  • Pembangunan Penjenamaan dan Promosi;
  • Pensijilan dan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS);
  • Pembangunan dan Inovasi Produk; dan
  • Penyenaraian di pasaran Bursa Malaysia
Fi Pemprosesan

Bermula tahun 2023, fi pemprosesan akan dikenakan kepada permohonan baharu seperti berikut: 

  • RM500 untuk PKS Kecil dan Sederhana; dan
  • RM300 untuk PKS Mikro.

 

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia)
Telipon

TELEFON

+603-2775 6275

+603-2775 6165
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda