Skim Perlindungan Sosial Padanan Caruman (SPS Padanan Caruman)
SPS Padanan Caruman merupakan skim perlindungan sosial di bawah Belanjawan 2025 yang ditawarkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) khas untuk Orang Bekerja Sendiri (OBS). Menerusi skim ini, OBS hanya perlu membayar 30% (RM70.00) daripada jumlah caruman RM232.80 di bawah Pelan Caruman Dua, manakala baki 70% (RM162.80) akan ditanggung oleh Kerajaan. Setelah bayaran dibuat, OBS akan menerima perlindungan selama 12 bulan (1 tahun).Kumpulan sasaran:SPS Jaja 4.0Sektor Penjaja, Sektor Penjagaan dan Perawatan, Sektor Makanan, Sektor Pembuatan, Sektor Pengumpulan Barang.SPS Agro 3.0Sektor Pertanian, Sektor Penternakan, Sektor Perhutanan, Sektor Perladangan.Sektor Akuakultur, Perikanan Darat dan Laut.SPS Lain Upaya 4.0Orang kurang upaya yang Bekerja sendiri di bawah 20 sektorSPS Asal 4.0Orang Asli (Semenanjung) dan Orang Asal (Sabah dan Sarawak) yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor.SPS Seni 4.0Semua kelas di bawah: Sektor Kesenian, Kebudayaan, Kreatif, Karangkraf, Silat, Budaya Warisan, Seni Ukir, Jurusolek; dan Artifak.SPS Gig 5.0Orang yang bekerja sendiri menggunakan aplikasi digital di bawah syarikat pengantara (Service Platform Provider) di bawah 20 sektor.SPS Usahawanita 4.0Wanita yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor.SPS Sukan 3.0Semua sukan termasuk:Sukan tradisional, e-sukan, jurulatih, ahli sukan bertaraf profesional, pelajar-pelajar di bawah tajaan Majlis Sukan Negara; atau silat olahraga.SPS Didik 3.0Sektor pendidikan seperti: pendidik, pelajar latihan industri, pengajar, tutor, pengajar agama, kaunselor; dan pakar motivasi.SPS Servis 3.0Sektor Perkhidmatan Isi Rumah, Sektor Perkhidmatan Profesional, Premis Penginapan, Pemprosesan Data, Malim Gunung, Pemandu Pelancong, Segala Sukarelawan, Pegawai Keselamatan, Teknologi Maklumat, Sektor Khidmat Sokongan-Pemilikan Tunggal / Perkongsian (Enterprise) berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).SPS Lancong 1.0Orang Bekerja Sendiri di bawah 20 sektor yang berada di bawah Industri Pelancongan.SPS Pemimpin Masyarakat 1.0Datuk Batin, Pemimpin Masyarakat, Ketua Rumah Panjang; atau Ketua Orang Asli yang bekerja sendiri.SPS Perkhidmat Rumah Ibadat 1.0Perkhidmat Rumah Ibadat Hindu, Kristian, Buddha yang sah dibawah peruntukan perlembagaan Malaysia.Terdapat empat (4) jenis Pelan bayaran caruman SKSPS, seperti berikut:Pelan Caruman PilihanPendapatan DiinsurankanCaruman BulananCaruman Tahunan1RM1,050RM13.10RM157.202RM1,550RM19.40RM232.803RM2,950RM36.90RM442.804RM3,950RM49.40RM592.80Pelan caruman:Pelan CarumanSumbangan Kerajaan(70 peratus)Caruman Orang Bekerja Sendiri / Syarikat Pengendali (30 peratus)Pelan 2 (RM232.80)RM162.80RM70.00Manfaat atau faedah perlindungan keselamatan sosial yang disediakan di bawah SPS Padanan Caruman adalah seperti berikut:Jenis FaedahPelan 2Faedah PerubatanRawatan perubatan di klinik panel / hospital kerajaan PERKESO dan membuat tuntutan penggantian perbelanjaan yang dikeluarkanFaedah Hilang Upaya Sementara (HUS)80 peratus daripada RM1,550 (setiap cuti sakit berkelayakan menerima RM41.33 sehari)Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK)90 peratus daripada RM1,550 dan tertakluk kepada faktor umur dan taksiran peratus hilang upaya kekal.Faedah Orang Tanggungan (FOT)RM1,395* sebulan sepanjang hayat *tertakluk kepada kategori orang tanggunganElaun Layanan Sentiasa (ELS)RM500 sebulanFaedah Pengurusan MayatRM3,000Faedah Pinjaman PendidikanFaedah berbentuk pinjaman pendidikan kepada anak Orang Bekerja Sendiri yang layak sekiranya Orang Bekerja Sendiri meninggal dunia akibat Bencana Pekerjaan Sendiri atau menerima bayaran berkala Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK)Kemudahan Pemulihan Jasmani atau VokasionalBekalan alat bantuan seperti kerusi roda, tilam, tongkat, anggota tiruan, fisioterapi, dan lain-lain. Program "Return to Work (RTW)" serta latihan vokasional dalam bidang kursus yang ditawarkan di Pusat REHAB PERKESO.Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)