Terakhir dikemas kini pada 27/02/2025
Mulai 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain seperti berikut:
i. Pengangkutan Barangan dan Makanan
ii. Pertanian
iii. Penternakan
iv. Perhutanan
v. Perikanan
vi. Makanan
vii. Pembuatan
viii. Pembinaan
ix. Penjaja
x. Premis Penginapan
xi. Perniagaan Online
xii. Teknologi Maklumat
xiii. Pemprosesan Data
xiv. Ejen
xv. Perkhidmatan Professional
xvi. Perkhidmatan Sokongan
xvii. Kesenian
xviii. Perkhidmatan Isi Rumah
xix. Penjagaan Perawat dan Pemulihan Kesihatan
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi PERKESO atau rujuk Risalah SKSPS
Syarat Kelayakan :
i. Warganegara Malaysia / permastautin tetap tanpa mengira had umur.
ii. Individu yang menjalankan pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah.
Dokumen yang diperlukan:
i. Salinan kad pengenalan
ii. Salinan kad PSV / profil e-hailing / permit / lesen / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.
Permohonan boleh dilakukan melalui laman rasmi PERKESO atau hadir ke pejabat PERKESO berhampiran bersama dokumen yang diperlukan:
i. Salinan kad pengenalan;
ii. Salinan kad PSV / profil e-hailing / permit / lesen / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih
Pembayaran boleh dilakukan secara bulanan / tahunan melalui:
iii. Ejen PERKESO yang sah
iv. Bayaran secara tunai di semua Pejabat PERKESO