E-Invois Secara Mandatori (kurang dari RM100 Juta)
Pelaksanaan e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan tidak melebihi RM100 juta mulai 1 Julai 2025 secara berfasa
Pembangunan Portal Fraud Kebangsaan (NFP) dengan kebolehan automasi dengan kerjasama sektor kewangan bagi mempercepat tempoh pengesanan, pembekuan dan pemulangan dana
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA): Pelaburan Hijau Bernilai Tinggi
Pengelasan kategori hijau pelaburan langsung asing (FDI) & pelaburan langsung domestik (DDI) oleh MIDA bagi memastikan Malaysia menerajui pelaburan hijau bernilai tinggi
Penyediaaan Dana Strategik Pelaburan Domestik oleh MIDA bertujuan menggalakkan pelaburan domestik untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan
Menyasarkan jumlah pelaburan keseluruhan sehingga RM95.0 bilion, melibatkan 3.3 juta peluang pekerjaan dengan gaji penengah sehingga RM4,510 sebulan menjelang 2030.
Memperkasa Impak Sektor Kewangan Islam melalui Program Rintis BNM & Institusi Kewangan Islam
Pelaksanaan program rintis BNM & institusi kewangan Islam bagi memajukan program pelaburan berimpak melalui Akaun Pelaburan atau Investment Account (IA) yang lebih meluas
Pelaburan oleh Khazanah dalam usaha menggalakkan pertumbuhan ekonomi inklusif dengan menambah baik komuniti luar bandar, separa bandar & golongan yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan