SC - Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 07/12/2023

  • Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF) adalah sebuah geran padanan yang ditubuhkan sejak Belanjawan 2019 yang bertujuan memperkasa pembiayaan alternatif bagi syarikat pemula & Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui kaedah Equity Crowd Funding (ECF) & Pembiayaan Peer-to-Peer (P2P).

  • Objektif dana ini adalah bagi: 

  1. Mewujudkan sebuah mekanisma perkongsian awam-swasta untuk pembiayaan modal berisiko

  2. Mencipta saluran yang cekap dan efektif untuk mengagihkan dana Kerajaan kepada PMKS

  3. Menarik pelabur swasta dan mendorong pertumbuhan di pasaran pembiayaan alternatif

 

  • MyCIF juga menyediakan Skim Perusahaan Sosial untuk menyediakan peluang untuk melabur bersama dalam Perusahaan Sosial yang diiktiraf oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), melalui kempen P2P.

  • MyCIF juga menawarkan nisbah pelaburan khas untuk perusahaan dalam sektor strategik yang menyokong agenda pembangunan negara seperti berikut: 

     

    Skim MyCIF yang disediakan:

 PMKS (ECF)PMKS (P2P)

Perubahan

Sosial (P2P)  

Perubahan

Sosial (P2P)  

Perubahan

Sosial (P2P)  

Nisbah Pelaburan   1:4  1:4  1:1  1:21:2
Pelaburan Maksimum  RM 1 juta  RM 1 juta   RM 500,000  RM 1 juta RM 1 juta 
  1. Bagi pelaburan berdasarkan nisbah 1:4, MyCIF akan melabur RM1 untuk setiap RM4 yang berjaya diperoleh daripada pelabur swasta di platform peserta MyCIF; 

  2. Bagi pelaburan berdasarkan nisbah 1:2, MyCIF akan melabur RM1 untuk setiap RM2 yang berjaya diperoleh daripada pelabur swasta di platform peserta MyCIF; 

  3. Bagi pelaburan berdasarkan nisbah 1:1, MyCIF akan melabur RM1 untuk setiap RM1 yang berjaya diperoleh daripada pelabur swasta di platform peserta MyCIF. 

 

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)​
Telipon

TELEFON

+603-6204-8000​

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda