Pelepasan Cukai Pendapatan Bagi Perbelanjaan Rawatan Perubatan, Keperluan Khas & Penjaga Untuk Ibu Bapa
Pelepasan cukai diperluaskan kepada pemeriksaan perubatan penuh ibu bapa terhad sehingga RM1 ribu bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan terhadap kesihatan ibu bapa
Pelepasan Cukai Pendapatan Ke Atas Perbelanjaan Rawatan Perubatan Diri, Pasangan & Anak
Pelepasan cukai diperluaskan kepada perbelanjaan pemeriksaan & rawatan pergigian daripada pengamal pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia terhad sehingga RM1 ribu
Lanjutan skim perlindungan kesihatan takaful percuma sehingga 2 tahun & penyediaan dana khas bertujuan untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi golongan B40 apabila menghidapi penyakit kritikal
Bantuan tunai bagi penerima bantuan/anak penerima bantuan yang tercicir daripada sekolah/menganggur bertujuan untuk mendapatkan latihan kemahiran & latihan pekerja
Peluasan kriteria pendapatan ibu bapa mengikut kadar pendapatan garis kemiskinan (PGK) RM2,589 bertujuan untuk memberi peluang biasiswa kepada anak daripada keluarga kurang mampu
KWAPM - Bantuan Murid Sekolah Kerajaan & Bantuan Kerajaan
Perluasan pemberian bantuan KWAPM bagi murid sehingga Tingkatan 3 Sekolah Kerajaan & Sekolah Bantuan Kerajaan bertujuan untuk memastikan anak-anak keluarga miskin tidak tercicir daripada pendidikan
Yuran pendaftaran masuk IPTA dihadkan tidak melebihi RM1,500, selari dengan pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) RM1,500 kepada semua bakal pelajar baharu yang layak
Tiada sekatan mendaftar subjek setiap semester bagi pelajar sedia ada yang tidak mampu membayar yuran pengajian bertujuan untuk menjaga kebajikan pelajar yang menuntut ilmu
Diskaun bayaran balik pinjaman sebanyak 10% dan 15% bermula 14 Okt 2023 sehingga 31 Mac 2024 bagi peminjam PTPTN bertujuan untuk menggalakkan penyelesaian baki pinjaman
Pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh PTPTN kepada bakal pelajar baharu yang layak untuk tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam bermula Januari 2024