Program Promosi Skim Amalan Pertanian Baik (Good Agricultural Practices, GAP)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Program Promosi Skim Amalan Pertanian Baik (Good Agricultural Practices, GAP) untuk menggalakkan pengeluaran hasil yang berkualiti dan selamat dimakan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Dana Kandungan Kreatif (DKK)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025

  • Dana Kandungan Kreatif (DKD) merupakan sebuah dana yang disediakan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk meningkatkan daya saing industri kreatif sebagai pemangkin utama ekonomi negara yang berpotensi menjana ekonomi berpendapatan tinggi di samping memartabatkan budaya bangsa.

     

Objektif

Menggalakkan penggiat industri dalam penghasilan, penerbitan dan penyebaran kandungan kreatif yang berdaya cipta tinggi dan di pasaran tempatan dan antarabangsa 

Membangunkan modal insan yang bermutu secara lestari bagi mengoptimumkan potensi industri kandungan kreatif;

Menghasilkan harta intelek (IP) Malaysia yang berdaya

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pembiayaan PROSPER
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 09/07/2025

  • Inisiatif Pembiayaan PORSPER merupakan sebuah  pakej pembiayaan bersepadu yang ditawarkan oleh Perbadanan Usahawan Nasional berhad (PUNB) di bawah Belanjawan 2025 untuk usahawan bumiputera bertujuan membangun dan memperkasa usahawan bumiputera dan perniagaan mereka agar berdaya maju dan berdaya tahan.
  • Pakej pembiayaan ini merangkumi khidmat runding, pemantauan prestasi perniagaan, pembangunan perniagaan dan usahawan melalui kursus dan latihan.
  • Pembiayaan dari RM100 ribu sehingga RM10 juta (kecuali perniagaan stesen minyak maksimum sehingga RM500 ribu sahaja)
Jumlah Pembiayaan
  • RM100 ribu sehingga RM10 juta (kecuali perniagaan stesen minyak maksimum sehingga RM500 ribu sahaja)
Kadar keuntungan
  • 5% - 8% setahun (tertakluk kepada tujuan pembiayaan)
Tempoh Pembiayaan
  • Sehingga 7 tahun 
Skop Pembiayaan
  • Modal kerja 
  • Mesin
  • peralatan Ubah suai premis perniagaan

Untuk maklumat lanjut, klik di sini untuk laman rasmi Perbadanan Usahawan Nasional berhad (PUNB)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Insentif untuk Majikan yang Menggaji Golongan yang Mudah Terjejas
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Insentif RM600 sebulan selama 3 bulan kepada majikan yang menggaji golongan terjejas seperti OKU dan bekas banduan di bawah PERKESO
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Madani Sinar
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 26/05/2025

  • Madani Sinar merupakan sebuah kemudahan pembiayaan atau pinjaman mikro yang ditawarkan kepada usahawan yang merupakan bekas banduan, bekas pelatih Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pelatih PERKESO yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN)  di bawah Belanjawan 2025 bagi membantu mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan.

    Ciri-ciri

    Penerangan

    Tujuan Pinjaman
    • Modal kerja
    • Pembelian aset
    • Pengubahsuaian
    Tempoh pinjaman
    • 1 hingga 7 tahun
    Amaun pinjaman
    • Minima: Rm2,000
    • Maksimum: RM100,00
    Kadar tetap
    • 3.00% setahun
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Akses Modal
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Program pembiayaan ekuiti bagi syarikat yang terlibat dalam aktiviti berkaitan sektor pertumbuhan baharu serta menyokong PMKS yang memerlukan modal perniagaan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Be Your Own Boss (BYOB)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 24/05/2025

  • Program Be Your Own Boss (BYOB) adalah inisiatif oleh Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) yang menyediakan program keusahawanan holistik dan kompetitif. 
  • Program ini mensasarkan belia dan wanita Bumiputera yang berminat menceburi bidang keusahawanan, khususnya dalam perniagaan francais, pra-francais, dan pelesenan.

 

  • BYOB menawarkan dua program utama:

    i. Young Entrepreneurship Engagement Talent (YOUNITY):

    • Program khas untuk belia Bumiputera berusia 21 hingga 40 tahun yang ingin menceburi bidang keusahawanan dalam perniagaan francais, pra-francais, atau pelesenan

    ii. Successful Women Entrepreneurship Engagement Talent (SWEET):

    • Program khas untuk wanita Bumiputera berusia 21 hingga 60 tahun yang berminat dalam bidang keusahawanan dan perniagaan francais, pra-francais, atau pelesenan.

 

  • Peserta program BYOB akan berpeluang menghadiri sesi padanan perniagaan, menerima bantuan pembiayaan, mengikuti latihan berstruktur, dan dipantau selama enam bulan selepas memulakan perniagaan. Pembiayaan yang disediakan adalah berasaskan pembiayaan Islam (konsep Tawarruq) sehingga RM500,000 dengan kadar keuntungan tahunan 4.75%

 

  • Struktur Pembiayaan: 

Perkara

Penerangan

Kaedah Pembiayaan
  • Pembiayaan Konsep Islam (Tawarruq)
Saiz Pembiayaan 
  • Pembiayaan sehingga RM500,000
Margin Pembiayaan
  • Sehingga 80% dari jumlah kos projek
Kadar Keuntungan 
  • 4.75% setahun
Tempoh Pembiayaan
  • Mengikut tempoh perjanjian francais / pra-francais / perlesenan

 

  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi PERNAS
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Peningkatan Produktiviti Lateks Pekebun Kecil (PROTEKS)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

Geran padanan bagi menggalakkan pekebun kecil getah menghasil getah lateks untuk memenuhi keperluan industri dan mengurangkan import lateks negara

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Geran Digital Penjaja MADANI
Permohonan Telah Ditutup

Terakhir dikemas kini pada 07/07/2025

  • Geran Digital Penjaja Madani adalah geran inisiatif yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN), Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC), dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk membantu penjaja jalanan memanfaatkan perkhidmatan digital dalam operasi perniagaan harian mereka.
  • Kerajaan akan menyediakan geran sebanyak RM1,000. sahaja dari jumlah invois untuk setiap penjaja yang layak, bagi membantu mereka melanggan perkhidmatan digital untuk meningkatkan daya saing dan produktiviti perniagaan mereka.
  • Tingkatkan perniagaan anda dengan sistem Point of Sale (POS) yang lebih canggih, disediakan oleh rakan digitalisasi seperti berikut: 
Pengurusan Inventori Secara Masa Nyata Sentiasa di hadapan dengan kemas kini stok secara segera dan uruskan rantaian bekalan dengan lebih cekap. 
Pendekatan Peribadi kepada PelangganKenali pelanggan anda dengan lebih baik. Kumpul maklumat penting, semak sejarah pembelian mereka, dan reka kempen pemasaran yang sesuai dengan mereka.
Pelbagai Kaedah PembayaranBerikan kemudahan pembayaran yang lebih fleksibel kepada pelanggan, mengikut keperluan mereka.
  • Kelebihan Funding Societies:

    i. Berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. 

    ii. Platform Pembiayaan Digital SME terbesar di Asia Tenggara.

    iii. Telah mengagihkan lebih daripada RM18 bilion kepada lebih 5 juta nota. 

    iv. Lebih daripada 300,000 pelabur berdaftar di seluruh Asia Tenggara.

    v. Dana pelabur diuruskan oleh Malaysian Trustees Berhad.

  • Perkhidmatan Digital yang Tersedia di bawah Geran Digital Penjaja Madani:

    i. Pembayaran Digital / Sistem Point of Sale Elektronik (e-POS): Penggunaan perisian seperti Point-of-Sale (POS) untuk memudahkan operasi perniagaan penjaja.

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman rasmi Funding Societies

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Geran Padanan Digital PMKS
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Geran padanan bagi PMKS untuk usahawan tempatan kekal berdaya saing dalam pasaran
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda