Pembiayaan Perniagaan Mobiliti Lestari (SMBF)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Kemudahan pembiayaan bagi syarikat dalam ekosistem automotif  mengembangkan perniagaan dalam bidang pembuatan, pemasangan, penjualan & perkhidmatan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Dana Pelaburan Industri dalam Bidang Aeroangkasa & Elektrik & Elektronik (AEEIF)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Dana Pelaburan Industri Dalam Bidang Aeroangkasa Dan Elektrik & Elektronik (AEEIF) adalah sebuah kemudahan geran yang disediakan oleh National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO Malaysia) melalui Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) untuk tujuan merangsang pelaburan dalam industri teknologi tinggi terutamanya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan termasuk adaptasi 4.0 dalam bidang aeroangkasa dan elektrik & elektronik. 

     

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:

Ciri-ciriPenerangan 
Jumlah Geran
  • Aeroangkasa - Sehingga RM40,000,000
  • Elektrik & Elektronik - Sehingga RM20,000,000
Tempoh Geran
  •  Sehingga 12 bulan dari tarikh kelulusan
Margin Geran
  • Sehingga 80%
Skop Geran
  • Loji perintis / prototaip 
  • Ujian pra-klinikal/ ujian klinikal/ ujian lapangan/ ujian tekanan/ ujian penerimaan pengguna; 
  • Harta Intelek (IP); 
  • Ujian dan penilaian pasaran; 
  • Pematuhan kawal selia dan piawaian; 
  • Perkhidmatan khas;
  • Bahan mentah/ bahan habis pakai; 
  • Pentadbiran; dan 
  • Teknologi/ Perolehan Harta Intelek.
Caj Pengurusan
  • 2% daripada jumlah geran yang disalurkan.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Pembiayaan Mudah Bagi Automasi & Pemodenan (SFSAM)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Kemudahan pembiayaan bagi syarikat perkilangan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim CAKNA I
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 09/07/2025

  • CAKNA ialah skim untuk memudahkan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta kontraktor kecil (G1-G4) yang mendapat kontrak Kerajaan mendapatkan pembiayaan bagi memperkukuh aliran tunai dan kedudukan kewangan. 
  • Skim CAKNA I ialah skim tunai mudah untuk membantu PMKS yang telah menyiapkan kontrak Kerajaan dengan membolehkan mereka menjual invois yang diluluskan kepada bank pada harga diskaun untuk pembayaran awal. 
  • Skim ini memanfaatkan sistem perolehan Kerajaan dan platform pembiayaan perdagangan bank untuk meningkatkan kecekapan dan mempercepatkan masa ke pasaran.
  • Manfaat utama kepada Vendor PMKS:

    i. Menyediakan mudah tunai segera bagi membolehkan vendor PMKS menguruskan keperluan kewangan 

    ii. Harga yang kompetitif berdasarkan kedudukan kewangan Kerajaan sebagai prinsipal 

    iii. Menambah baik akses vendor PMKS kepada kemudahan perbankan 

    iv. Tidak mempengaruhi tahap keberhutangan vendor PMKS

    v. Tiada cagaran diperlukan

 

Untuk maklumat lanjut, klik di sini untuk laman rasmi Bank Negara Malaysia (BNM)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial (SEFS)​
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Skim pembiayaan Perusahaan Sosial ialah skim pembiayaan oleh SME Bank yang berkonsepkan Islamik di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk modal kerja dan pembelian aset khusus bagi usahawan Perusahaan Sosial (Social Enterprise, SE)

PerkaraPenerangan
Kadar Keuntungan 
  • 3.0%  untuk perusahaan mikro dan kecil atau 4.0% setahun untuk perusahaan sederhana
Amaun Pembiayaan
  • Minimum: RM100,000
  • Maksimum: RM500,000
Jaminan
  • Tiada jaminan SJPP atau CGC
Tempoh Pembiayaan
  • Pembiayaan modal pusingan: sehingga 5 tahun
  • Pembiayaan pembelian aset: sehingga 7 tahun
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
BRPLUS - i BizLady​
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 07/07/2025

  • BRPlus-i BizLady adalah skim pembiayaan perniagaan yang ditawarkan oleh Bank Rakyat, khas untuk usahawan wanita. Ia bertujuan untuk membantu usahawan wanita memperkasa perniagaan mereka melalui pembiayaan yang fleksibel.
  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:

Ciri-ciri

Penerangan 

Jumlah Dana
  • RM100 juta
Kadar Pembiayaan
  • Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) & koperasi: Kadar asas pembiayaan (KAP) + 1.5% setahun (Termasuk yuran jaminan)
  • Mikro: 7.50% setahun (kadar rata)
Had Pembiayaan
  • Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) & koperasi: RM50,001 sehingga RM1 juta 
  • Mikro: Sehingga RM50,000 
Tempoh Bayaran Balik
  • Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) & koperasi: Sehingga 7 tahun
  • Usahawan Mikro: sehingga 5 tahun

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman rasmi Bank Rakyat

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Kemudahan Bantuan Bencana (DRF)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Meringankan beban kewangan PKS yang terjejas akibat banjir dan membolehkan mereka meneruskan operasi perniagaan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 11/07/2025

  • Kemudahan Pembiayaan untuk Perusahaan Mikro (MEF) ditawarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membantu perusahaan mikro yang terkesan oleh cabaran ekonomi atau kekurangan pembiayaan. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada perniagaan kecil mendapatkan modal yang diperlukan untuk berkembang, dengan had pembiayaan yang lebih rendah dan kadar faedah yang berpatutan.
  • Penggunaan Pembiayaan Pembiayaan hendaklah digunakan untuk tujuan perniagaan seperti: 

    i. Modal kerja, dan / atau 

    ii. Perbelanjaan modal.

     

Nota: Pembiayaan bertindih (pembiayaan semula dengan institusi kewangan yang sama) dibenarkan mengikut syarat yang ditetapkan.

 

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:

Ciri-ciri

Penerangan 

Jumlah Dana
  • Sehingga RM100,000
Kadar Faedah Pembiayaan Untuk PMKS
  • Ditetapkan oleh institusi kewangan peserta
Tempoh
  • Sehingga 7 tahun
Prosedur Permohonan
  • Hantar permohonan terus kepada institusi kewangan peserta dan kelulusan tertakluk pada penilaian kredit institusi kewangan peserta

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman rasmi Bank Negara Malaysia (BNM)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Madani
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Skim MADANI ialah skim pembiayaan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk membiaya modal kerja (working capital), pembelian aset untuk tujuan perniagaan dan pengubahsuaian premis perniagaan (renovation).

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:

Ciri-Ciri

Penerangan 

Jumlah Pembiayaan

  • RM2,000 - RM100,000

Tempoh Pembiayaan

  •  1 tahun hingga 7 tahun

Kadar Pembiayaan

  • 3.50% sehingga 4.00% setahun (kadar tetap)

Skop Pembiayaan

  • Peruncitan dan pemborongan

  • Pembuatan

  • Perkhidmatan

  • Lain-lain sektor dan sub-sektor yang akan dipertimbangkan oleh Pengurusan BSN berdasarkan kes

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Malaysia Digital X-Port Grant (MDXG)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 26/02/2025

  • ​Geran Malaysia Digital X-Port (MDXG) ialah inisiatif oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang bertujuan menyokong syarikat teknologi Malaysia dalam mengembangkan kehadiran mereka di pasaran global. Geran ini memfokuskan kepada syarikat yang telah bersedia untuk eksport dan berhasrat untuk memasarkan produk atau perkhidmatan inovatif serta mampan ke peringkat antarabangsa
Perkara Penerangan 
Jumlah Pembiayaan
  • Syarikat Milik Tempatan: 
    • Sehingga 50% daripada jumlah kos projek atau maksimum RM1 juta, mana-mana yang lebih rendah.​

 

  • Syarikat Milik Asing Majoriti: 
    • Sehingga 30% daripada jumlah kos projek atau maksimum RM1 juta, mana-mana yang lebih rendah. Ibu pejabat mesti berpusat di Malaysia.
Tempoh Projek
  • Sehingga 1 tahun

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi MDEC

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda