Geran Padanan Digital PMKS
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Geran padanan bagi PMKS untuk usahawan tempatan kekal berdaya saing dalam pasaran
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Insentif Filem di Malaysia (FIMI)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Penyediaan dana bagi industri perfileman untuk menyokong penerbitan filem antarabangsa di Malaysia
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Celik MADANI
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025

  • Pembukaan akaun ASB bernilai RM50 secara percuma kepada 100,000 pelajar baharu yang melanjutkan pengajian peringkat tinggi.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Sejati MADANI
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 24/05/2025

  • Sejati Madani merupakan inisiatif baharu kerajaan MADANI yang bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dengan pemberian dana sehingga RM100 ribu kepada komuniti yang layak
  • Geran bagi komuniti untuk lima (5) sektor ekonomi iaitu pertanian dan makanan, jahitan dan kraf tangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti serta aktiviti hijau dan kitar semula.
SektorContoh-contoh program/ aktiviti berkaitan
Pertanian dan makanan
  • Sistem Kepadatan Padi (SRI)
  • Pembuatan Baja Organik
  • Perniagaan berkonsepkan karavan/ trak makanan
  • Penanaman cili fertigasi/ cendawan hidroponik
  • Pembuatan kerepek dan kudapan tradisional
  • Produk sejuk beku
  • Penjualan makanan berkonsepkan carboot sales
  • Perikanan dan penternakan
    • Penjualan hasil hidupan laut segar dan sejuk beku
    • Penternakan ayam pedaging
Jahitan dan kraftangan
  • Pembuatan tembikar tradisional
  • Penghasilan kraf batik lukis/ digital/ ikat celup
  • Kraf jahitan beg anyaman buluh/ rotan dan batik
  • Menjahit pakaian/ barangan sulaman
  • Penghasilan produk daripada tekatan benang emas/ tembaga
  • Pembuatan seramik studio, seramik arca dan seramik industri
  • Produk anyaman buluh/ pandan/ mengkuang/ ribu-ribu
  • Produk ukiran kayu seperti pembuatan permainan berasaskan kayu. Contohnya set catur dan congkak
  • Jahitan yang menghasilkan produk seperti pelitup muka, selendang, kain pasang, beg, alas meja dan sarung kusyen
  • Penghasilan senjata berasaskan logam
  • Batik soft toy
  • Kraftangan berasaskan manik
  • Jahitan cadar/ sarung bantal daripada kain terpakai
Herba dan Kesihatan
  • Penanaman tanaman herba
  • Pengkormersialan produk bunga telang (herba)
  • Perkhidmatan urutan tradisional/ spa
  • Program sistem pengairan automatik taman herba
  • Pembuatan sabun daripada herba-herba sunnah
Pelancongan dan Hospitaliti
  • Inap desa
  • Pembangunan perisian/ aplikasi
  • Program *Homestay Kampung
  • Program Arca dasar Laut
  • Penghasilan produk jualan pelancongan dan hospitaliti mesra muslim
  • inovasi penginapan menggunakan kenderaan terpakai (van/ bas)

     

*Homestay mestilah yang dikendalikan oleh komuniti, bukan individu

Aktiviti Hijau dan Kitar Semula
  • Pengurusan Sisa Mampan
    • Projek upcycling
    • Projek kitar semula minyak masak terpakai menjadi minyak bio-diesel, sabun dan lilin
  • Penghasilan buku kitar semula
  • Membuat beg menggunakan baju terpakai
  • Penjualan perabot rumah berunsurkan bahan kitar semula
  • Penghasilan produk berunsurkan tempurung kelapa (barangan dapur)

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Nur: PMKS
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025

  • Program NUR: PMKS adalah program yang dilaksana oleh SEDA Malaysia dengan memberikan e-Rebat sebanyak RM200 (maksimum RM4,000 bersamaan 20 unit barangan) kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang membeli penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga dengan label kecekapan tenaga 4 bintang atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) pada tahun 2025.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi PETRA

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Perluasan Demand Responsive Transit (DRT)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Meningkatkan ketersambungan di batuan awal & akhir pengguna ke stesen LRT & perkhidmatan tren yang kurang mendapat liputan perkhidmatan bas
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program MyLesen
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025

  • Program MyLesen B2 merupakan inisiatif Kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Belanjawan 2025 yang bertujuan membantu 15,000 golongan kurang berkemampuan, terutamanya pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, dan belia B40, untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (motosikal tidak melebihi 250cc) secara percuma. 
  • Peserta akan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga memperoleh lesen. 
  • Matlamat program ini adalah: 

i. Memberi peluang kepada peserta sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan 

ii. Meningkatkan tahap keselamatan jalan raya 

iii. Melahirkan penunggang motosikal yang berkemahiran, beretika dan mematuhi undang-undang

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025

  • ​Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) ialah inisiatif yang menawarkan rebat sebanyak RM2,400 untuk pembelian atau langganan motosikal elektrik jenis CKD (Completely Knocked Down) kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan. Motosikal CKD merujuk kepada model yang dipasang sepenuhnya di Malaysia.

 

  • Permohonan MARiiCas bagi tahun 2025 dibuka mulai 17 Januari 2025

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi MARiiCas

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM)
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025

  • Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) adalah satu program khas yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah inisiatif Payung RAHMAH di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk merancakkan ekonomi sektor peruncitan kawasan setempat di samping membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
  • Antara barang-barang keperluan harian yang diberikan diskaun adalah ayam, ikan dan hasil laut, telur ayam, gula putih bertapis, minyak masak botol, tepung gandum, beras, sayur-sayuran / buah-buahan, barangan penjagaan diri, barangan pembersihan rumah, lampin pakai buang, barangan keperluan sekolah, ubat-ubatan dan lain-lain barang keperluan harian seperti makanan dan bukan makanan
  • Pihak Kerajaan melalui KPDN telah memperkenalkan Jualan RAHMAH MADANI secara ‘Mobile’ (bergerak) agar inisiatif Kerajaan ini akan sampai dan dirasai di segenap pelusuk negara. Program ini menggunakan kaedah lori pickup, van atau sebagainya yang akan bergerak hingga ke kampung-kampung dan kawasan-kawasan pedalaman.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pas Bulanan My50
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 04/08/2025

  • Pas Bulanan My50 ialah sejenis bantuan kewangan yang disediakan oleh Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) di bawah Belanjawan 2025 untuk semua rakyat Malaysia. Bantuan ini bertujuan memberikan akses tanpa had kepada perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan oleh PRASARANA.

    i. Lembah Klang: Pas My50 menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari di perkhidmatan Rapid KL, termasuk LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL, dan perkhidmatan bas pengantara MRT di kawasan Lembah Klang.

    ii. Pulau Pinang: Pas Mutiara My50 menyediakan perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk semua rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan Bas Rapid Penang.

    iii. Kuantan: Pas My50 tidak tersedia untuk perkhidmatan Rapid Kuantan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda