Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025
Terakhir dikemas kini pada 17/07/2025
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)
Syarat Kelayakan:
i. Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
ii. Pelajar sedia ada / baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing pada tarikh seperti di dalam jadual berikut:
FASA | STATUS PELAJAR | TEMPOH PELAKSANAAN |
1 | Pelajar sedia ada dan baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing 30 September 2024 | Mulai 1 Januari 2025 |
2 | Pelajar baharu yang berdaftar dengan instutusi pendidikan tinggi masing-masing antara 1 Oktober sehingga 31 December 2024 | Mulai 1 April 2025 |
3 | Pelajar baharu yang berdaftar dengan instutusi pendidikan tinggi masing-masing antara 1 Januari sehingga 31 Mac 2025 | Mulai 1 Julai 2025 |
iii. Tempoh untuk pelajar membuat rayuan adalah mulai 13 Januari 2025 hingga 31 Ogos 2025
iv. Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung / Sabah / Sarawak / Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung / Sabah / Sarawak / Labuan)
v. Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, MASwings dan FireFly
vi. Tempoh permohonan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah mulai 1 Januari 2025 hingga 30 November 2025 dan
vii. tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 December 2025. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.
Membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan di laman sesawang syarikat penerbangan yang dipilih oleh pelajar;
i. Malaysia Airlines Berhad / FireFly / MASwings: Klik di sini untuk semak panduan tempahan (Booking Guide)
ii. AirAsia: Klik di sini untuk semak tatacara melalui Chat with Bo; atau
iii. Batik Air Malaysia: Klik di sini untuk semak tatacara melalui How to Redeem.
Harga tiket | Jumlah dibayar Kerajaan | Jumlah dibayar pelajar | Baki nilai baucar | |
RM400 (Nilai asal) | ||||
Tiket 1 (Kuala Lumpur-Kuching sehala) | RM300 | RM300 | RM0 | RM100 |
Penjelasan: Pelajar A diberi baucar RM400. Beliau membeli Tiket Kuala Lumpur - Kuching (Tiket 1) pada harga RM300 menggunakan baucar. Baki nilai baucar sebanyak RM100 boleh digunakan semula untuk tiket lain. | ||||
Tiket 2 (Kuching-Kuala Lumpur sehala) | RM150 | RM100 | RM50 | RM0 |
Penjelasan: Pelajar A membeli satu lagi tiket iaitu Kuching - Kuala Lumpur (Tiket 2) pada harga RM150. Beliau menggunakan baucar dengan nilai baki RM100 manakala RM50 lagi dibayar oleh beliau | ||||
Jumlah | RM450 | RM400 | RM50 |
Pelajar disarankan untuk berhubung terus bersama syarikat penerbangan sekiranya pertanyaan atau aduan tersebut mengenai tiket penerbangan dan permohonan baucar di syarikat penerbangan seperti berikut:
i. Malaysia Airlines Berhad / Firefly / MASwings: Sila klik di sini untuk membuat sebarang aduan berkenaan baucar FlySiswa yang dimohon daripada Malaysia Airlines melalui pautan borang maklum balas. Pelajar perlu memilih "Enquiry" untuk "Type", "General" untuk "Area" dan "Others" bagi "Category".
ii. AirAsia: Sila klik di sini untuk membuat sebarang aduan berkenaan baucar FlySiswa yang dimohon daripada AirAsia melalui saluran 'AskBo' di laman sesawang AirAsia dengan memilih butang pintas 'FLYsiswa
iii. Batik Air Malaysia: Sebarang aduan berkenaan baucar FlySiswa yang dimohon daripada Batik Air Malaysia, boleh dibuat terus melalui e-mel kepada [email protected]
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 24/05/2025
Syarat Kelayakan:
i. Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah KIR miskin tegar yang disenaraikan dan disahkan dalam Sistem eKasih;
ii. Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sehingga 31 Disember pada tahun semasa
iii. Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga maksimum RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut;
iv. Hanya satu akaun bil elektrik sahaja layak untuk menerima rebat bagi setiap KIR miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih;
v. Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja;
vi. Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar);
vii. Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil sebelum tarikh KIR mengemas kini maklumat akaun elektrik;
viii. Rebat RM40 hanya terpakai bagi tunggakan pada satu tahun sebelumnya sahaja (bagi tahun 2024, hanya tunggakan bermula 31 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023 sahaja)
ix. Rebat RM40 tidak terpakai bagi tunggakan semasa tempoh KIR layak terkeluar dari senarai layak menerima rebat dan juga tunggakan dari tahun sebelumnya (sekiranya KIR masuk semula di dalam senarai layak menerima rebat).
x. Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa dengan merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemas kini nombor akaun; dan
xi. Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna
Nota : Kelayakan bagi Program Rebat Bil Elektrik RM40 perlu disemak melalui laman sesawang rasmi PETRA sahaja.
Untuk info lanjut, pengguna boleh menghubungi talian hotline:
i. MyGCC: 03-8000-8000
ii. Tenaga Nasional Berhad (TNB): 1-300-88-5454
iii. Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB): 088-515000/15454
iv. Sarawak Energy Berhad (SEB): 1-300-88-3111
Terakhir dikemas kini pada 01/08/2025
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
i. Warganegara Malaysia. ii. Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas. iii. Pendapatan bulanan seisi rumah di antara RM 750 hingga RM 5,000. iv. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna. v. Tanah / tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan / sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan. vi. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk). vii. Tertakluk kepada peruntukan kewangan. Tempoh bayaran bulanan (16 tahun hingga 25 tahun). viii. Jumlah bayaran bulanan (RM300 di semua kawasan). |
Nota:
i. Keperluan penama kedua berumur 18-41 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia.
ii. Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.
i. Sila klik di sini untuk mengisi borang pendaftaran dalam talian melalui laman rasmi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ii. Gunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR iii. Isi maklumat ke dalam sistem iv. Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang v. Memajukan borang beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan vi. Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan |
Nota: Borang permohonan berserta dokumen sokongan perlu dimajukan ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan dengan tapak cadangan bagi tujuan penilaian.
i. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) ii. Salinan kad pengenalan tuan tanah iii. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan) iv. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru v. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua* vi. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang* vii. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah viii. Salinan sijil nikah pemohon xi. Borang laporan tapak bergambar |
Nota:
i. Surat Pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.
ii. SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa
iii. Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB
iv. Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.
Terakhir dikemas kini pada 29/07/2025
Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan merupakan inisiatif oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di bawah Belanjawan 2025 bagi membantu menampung sebahagian kos operasi menangkap ikan yang ditanggung oleh nelayan akibat kenaikan harga minyak di pasaran. Subsidi diesel dan petrol bagi nelayan kelas tertentu diberikan pada kadar RM1.65 seliter dengan kuota sebanyak 840 juta liter setahun, bertujuan untuk meringankan beban mereka
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
Syarat Kelayakan:
i. Memiliki Mykad (Biru),
ii. Memiliki lesen vesel perikanan yang sah dan dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia, atau
iii. Memiliki lesen vesel perikanan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan Dermaga Negeri Sabah serta Lesen Menangkap Ikan oleh Jabatan Perikanan Sabah.
Pemilik Vesel Individu / Syarikat diwajibkan berdaftar dengan LKIM di Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) melalui eNelayan Management System dengan mengemukakan dokumen seperti:
i. Salinan MyKad pemilik Vesel
ii. Gambar pemohon
iii. Gambar Vesel
iv. Salinan Lesen Vesel dan perkakasan yang masih sah tempoh
v. Salinan Sijil Pemeriksaan Vesel
vi. Lain-lain dokumen sokongan (jika perlu)
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk senarai Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) mengikut negeri
Terakhir dikemas kini pada 31/07/2025
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pilih Barangan Keperluan | Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategoribarangan yang mempunyai label MyKasih / SARA di rak tanda harga |
Tunjuk MyKad untuk Pengesahan | Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan |
Tukar Nombor Pin | Penerima bantuan perly menukar nombor pin sementara (6-digit pertama Mykad) kepada nombor pin yang baru |
Imbas Kod Barangan | Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan |
Bayar Menggunakan MyKad | Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian |
Simpan Resit untuk Semakan | Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian |
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan klik di sini
i. Kelayakan SARA 2025 adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh data semakan berkala. SARA 2025 turut diperluas kepada semua penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan. |
i. Warganegara Malaysia; dan ii. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan iii. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh data semakan berkala. |
i. Warganegara Malaysia; dan ii. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan |
Kadar Tambahan STR - Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | ||
Kategori Penerima STR 2025 | Penerima STR 2025 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih | Penerima STR selain MIskin dan Miskin Tegar eKasih 2025 |
Isi Rumah (Tiada had umur) | RM2100
| RM900
|
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1650
| RM450
|
Bujang (21-59 tahun) | RM600
|
Nota : Amaun kelayakan SARA 2025 adalah tertakluk kepada masa permohonan STR 2025 diluluskan.
Data eKasih | Keputusan Kelayakan / Pembayaran |
31 Januari 2025 (layak SARA 2025 mulai Januari 2025) | April 2025 |
30 April 2025 (layak SARA 2025 mulai April 2025) | Julai 2025 |
31 Julai 2025 (layak SARA 2025 mulai Julai 2025) | Oktober 2025 |
30 Oktober 2025 (layak SARA 2025 mulai Oktober 2025) | November 2025 |
Kaedah Pemakluman | Keterangan |
Surat pemakluman |
|
Sistem Pesanan Ringkas (SMS blast) |
|
Semakan terus melalui portal rasmi | |
Hubungi |
|
Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025
Bil | Objektif |
1 | Menyeragamkan harga jualan runcit barangan keperluan iaitu gula, tepung gandum dan minyak masak di Sabah, Sarawak dan WP Labuan. |
2 | Memastikan bekalan gula, minyak masak dan tepung gandum mencukupi di Sabah, Sarawak dan Labuan |
3 | Meringankan kos sara hidup rakyat |
Untuk maklumat lanjut berkenaan PPHSSL, sila layari Laman Rasmi KPDN