Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025
Terakhir dikemas kini pada 29/07/2025
Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025
Pemberian yuran subsidi sebanyak RM180 bagi seorang anak bagi meringankan beban yang ditanggung oleh penjawat awam yang perlu menghantar anak ke Taska
Kadar subsidi ini dibayar terus kepada pengusaha Taska oleh agensi di mana pegawai tersebut berkhidmat
Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah pegawai Perkhidmatan Awam dinaikkan daripada RM5,000.00 kepada RM7,000.00 sebulan
Sekiranya kadar yuran melebihi RM180.00 sebulan untuk seorang anak, baki selebihnya ditanggung oleh pegawai berkenaan
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan
Syarat Kelayakan:
i. Penjawat awam bergaji RM7,000 ke bawah
ii. Anak berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska
iii. Hanya TASKA di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Pegawai yang mahu mendapatkan subsidi ini hendaklah membuat permohonan kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat.
Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut.
Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan bersama-sama dengan dokumen sokongan berikut:
Salinan penyata gaji
Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak
Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/anak pelihara
Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri
Salinan penyata gaji suami/isteri
Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai
Untuk memohon, sila muat turun Lampiran A bagi mendapatkan Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Taska.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025
Program Subsidi Ujian Mamogram adalah sebuah bantuan subsidi di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi membantu golongan wanita yang berkelayakan untuk meneliti kesihatan payudara serta mengesan ketulan payudara di peringkat awal yang mendorong kepada kanser payudara.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk risalah LPPKN
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap yang berumur 35 - 70 tahun dengan pendapatan isi rumah RM10,000.00 dan ke bawah sebulan (Subsidi Penuh)
ii. RM10,000.00 ke atas sebulan (Subsidi RM50.00) dan menepati kriteria berikut iaitu:
Nota: Wanita berumur 35-39 tahun tertakluk kepada syarat yang ditetapkan
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025
Ujian HPV DNA merupakan kaedah baharu bagi pengesanan awal kanser serviks yang lebih berteknologi tinggi di mana dengan mengambil sampel DNA pada bahagian vagina boleh mengesan jangkitan HPV berisiko tinggi sebelum ia bertukar menjadi sel-sel pra kanser dan kanser serviks.
Wanita akan dibekalkan dengan kit ujian HPV DNA dan mereka boleh mengambil sampel menggunakan kaedah persampelan sendiri atau dengan bantuan Jururawat di klinik. Saringan ujian HPV DNA ini diberikan secara PERCUMA kepada wanita yang berkelayakan.
Nota : Ujian HPV DNA boleh dilakukan secara rutin 5 tahun sekali sekiranya keputusan normal
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk risalah LPPKN
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap;
ii. Berumur 30 - 65 tahun; dan
iii, Wanita dalam kalangan B40 dan M40.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 23/04/2025
Semenanjung Malaysia, Kulim Hi-Tech Park Kedah, Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan
Perkara | Semenanjung Malaysia | Kulim Hi-Tech Park, Kedah | Sabah & WP Labuan |
---|---|---|---|
Pelarasan Tarif Elektrik | Pengguna Kategori Tarif Domestik (Tarif A)
| Pengguna Kategori Tarif Domestik (Tarif N1)
| Pengguna Kategori Tarif Domestik (Tarif DM)
|
Sarawak
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Sarawak Energy (SE)
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025
Terakhir dikemas kini pada 28/05/2025
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia.
ii. Usia antara 18 hingga 60 tahun.
iii. Pendapatan rendah atau sederhana (tiada had pendapatan khusus).
iv. Mendaftar melalui saluran sah seperti agen atau platform digital syarikat insurans/takaful yang berdaftar.
Cara Memohon Skim Perlindungan Tenang:
i. Semak syarikat insurans / takaful berdaftar.
ii. Tentukan jenis perlindungan yang sesuai.
iii. Mohon melalui cawangan atau dalam talian dengan dokumen asas.
iv. Buat bayaran mengikut polisi yang dipilih.
v. Terima Sijil Perlindungan (Simpan dokumen untuk rujukan dan tuntutan)
Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025
Terakhir dikemas kini pada 07/07/2025
Pengurusan Inventori Secara Masa Nyata | Sentiasa di hadapan dengan kemas kini stok secara segera dan uruskan rantaian bekalan dengan lebih cekap. |
Pendekatan Peribadi kepada Pelanggan | Kenali pelanggan anda dengan lebih baik. Kumpul maklumat penting, semak sejarah pembelian mereka, dan reka kempen pemasaran yang sesuai dengan mereka. |
Pelbagai Kaedah Pembayaran | Berikan kemudahan pembayaran yang lebih fleksibel kepada pelanggan, mengikut keperluan mereka. |
Kelebihan Funding Societies:
i. Berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
ii. Platform Pembiayaan Digital SME terbesar di Asia Tenggara.
iii. Telah mengagihkan lebih daripada RM18 bilion kepada lebih 5 juta nota.
iv. Lebih daripada 300,000 pelabur berdaftar di seluruh Asia Tenggara.
v. Dana pelabur diuruskan oleh Malaysian Trustees Berhad.
Perkhidmatan Digital yang Tersedia di bawah Geran Digital Penjaja Madani:
i. Pembayaran Digital / Sistem Point of Sale Elektronik (e-POS): Penggunaan perisian seperti Point-of-Sale (POS) untuk memudahkan operasi perniagaan penjaja.
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman rasmi Funding Societies
Syarat Kelayakan:
i. Jenis Perniagaan: MSME mestilah seorang penjaja jalanan, yang beroperasi sama ada di gerai tetap atau sementara, atau bergerak antara lokasi untuk menjual barangan termasuk makanan dan minuman.
ii. Pemilikan Malaysia: Pemilik syarikat dan rakan kongsi mestilah warganegara Malaysia.
iii. Keperluan Pendaftaran: Mesti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan / Majlis Daerah.
iv. Eksklusiviti Geran: Tidak layak menerima kedua-dua Geran Digital Penjaja MADANI dan Geran Digital PMKS MADANI.
v. Geran Padanan Digitalisasi Sebelumnya: MSME tidak boleh pernah menerima Geran Padanan Digitalisasi sebelum ini.
Pemohon yang layak:
i. Immobile: Penjaja yang beroperasi di gerai tetap di kawasan awam atau swasta, mempamerkan barangan untuk dijual (termasuk makanan dan minuman).
ii. Mobile: Penjaja yang bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain, dengan atau tanpa kenderaan, mempamerkan barangan untuk dijual (termasuk makanan dan minuman).
iii. Temporary: Penjaja yang beroperasi di gerai sementara di lokasi tertentu, mempamerkan barangan untuk dijual (termasuk makanan dan minuman) untuk tempoh tertentu. Ini termasuk gerai buah bermusim, gerai promosi untuk perayaan / festival, pasar malam / pasar harian / pasar tani.
Permohonan yang Tidak Layak untuk Geran Digital Penjaja Madani:
i. Tidak layak bagi penjaja yang telah menerima Geran Digital PMKS Madani.
ii. Geran ini terhad kepada satu (1) permohonan sahaja bagi setiap penjaja.
iii. Geran ini disediakan oleh Kerajaan dan tertakluk kepada jumlah dana yang diperuntukkan.
iv. Tiada yuran dikenakan.
Dokumen Yang Diperlukan:
i. Pengesahan Individu: Salinan kad pengenalan atau pasport pengarah / pemegang saham / pemilik.
ii. Pengesahan Perniagaan: Dokumen pendaftaran perniagaan / profil perniagaan SSM, Lesen Perniagaan dari Pihak Berkuasa Tempatan / Permit Operasi / Lesen dari Majlis Daerah (bergantung kepada kes).
iii. Dokumen Kewangan: Penyata bank dua bulan terakhir. Invois: Invois/ sebut harga yang dikeluarkan oleh Rakan Digitalisasi.
iv. Dokumen Lain: Bil elektrik / bil air terkini.
Untuk maklumat lanjut, klik di sini untuk Soalan Lazim