Program Belia Kreatif MADANI
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 20/05/2025

  • Program Belia Kreatif bertujuan menarik anak muda menceburi bidang seni dengan menganjurkan bengkel kemahiran videografi, kandungan kreatif, pembangunan komuniti filem serta pertandingan filem pendek
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Insentif Filem di Malaysia (FIMI)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Penyediaan dana bagi industri perfileman untuk menyokong penerbitan filem antarabangsa di Malaysia
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pusat Respons Penipuan Kebangsaan
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Membanteras jenayah penipuan atas talian (scam)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pembangunan UTC di Seberang Perai, Pulau Pinang
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Sebuah UTC akan dibangunkan di Seberang Perai, Pulau Pinang. Semua UTC juga akan dibekalkan dengan Sistem Penggiliran (QMS) supaya rakyat mendapat nombor giliran secara dalam talian sebelum berurusan.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Inisiatif Dasar Peluang Kedua
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Inisiatif Dasar Peluang Kedua kepada golongan muda berusia 40 tahun ke bawah yang mempunyai hutang tidak melebihi RM200 ribu pada tahun 2024
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Celik MADANI
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025

  • Pembukaan akaun ASB bernilai RM50 secara percuma kepada 100,000 pelajar baharu yang melanjutkan pengajian peringkat tinggi.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Sejati MADANI
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 24/05/2025

  • Sejati Madani merupakan inisiatif baharu kerajaan MADANI yang bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dengan pemberian dana sehingga RM100 ribu kepada komuniti yang layak
  • Geran bagi komuniti untuk lima (5) sektor ekonomi iaitu pertanian dan makanan, jahitan dan kraf tangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti serta aktiviti hijau dan kitar semula.
SektorContoh-contoh program/ aktiviti berkaitan
Pertanian dan makanan
  • Sistem Kepadatan Padi (SRI)
  • Pembuatan Baja Organik
  • Perniagaan berkonsepkan karavan/ trak makanan
  • Penanaman cili fertigasi/ cendawan hidroponik
  • Pembuatan kerepek dan kudapan tradisional
  • Produk sejuk beku
  • Penjualan makanan berkonsepkan carboot sales
  • Perikanan dan penternakan
    • Penjualan hasil hidupan laut segar dan sejuk beku
    • Penternakan ayam pedaging
Jahitan dan kraftangan
  • Pembuatan tembikar tradisional
  • Penghasilan kraf batik lukis/ digital/ ikat celup
  • Kraf jahitan beg anyaman buluh/ rotan dan batik
  • Menjahit pakaian/ barangan sulaman
  • Penghasilan produk daripada tekatan benang emas/ tembaga
  • Pembuatan seramik studio, seramik arca dan seramik industri
  • Produk anyaman buluh/ pandan/ mengkuang/ ribu-ribu
  • Produk ukiran kayu seperti pembuatan permainan berasaskan kayu. Contohnya set catur dan congkak
  • Jahitan yang menghasilkan produk seperti pelitup muka, selendang, kain pasang, beg, alas meja dan sarung kusyen
  • Penghasilan senjata berasaskan logam
  • Batik soft toy
  • Kraftangan berasaskan manik
  • Jahitan cadar/ sarung bantal daripada kain terpakai
Herba dan Kesihatan
  • Penanaman tanaman herba
  • Pengkormersialan produk bunga telang (herba)
  • Perkhidmatan urutan tradisional/ spa
  • Program sistem pengairan automatik taman herba
  • Pembuatan sabun daripada herba-herba sunnah
Pelancongan dan Hospitaliti
  • Inap desa
  • Pembangunan perisian/ aplikasi
  • Program *Homestay Kampung
  • Program Arca dasar Laut
  • Penghasilan produk jualan pelancongan dan hospitaliti mesra muslim
  • inovasi penginapan menggunakan kenderaan terpakai (van/ bas)

     

*Homestay mestilah yang dikendalikan oleh komuniti, bukan individu

Aktiviti Hijau dan Kitar Semula
  • Pengurusan Sisa Mampan
    • Projek upcycling
    • Projek kitar semula minyak masak terpakai menjadi minyak bio-diesel, sabun dan lilin
  • Penghasilan buku kitar semula
  • Membuat beg menggunakan baju terpakai
  • Penjualan perabot rumah berunsurkan bahan kitar semula
  • Penghasilan produk berunsurkan tempurung kelapa (barangan dapur)

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Baitul Mahabbah
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Memperluaskan program Baitul Mahabbah ke 3 lagi pusat penempatan sementara khusus untuk tahanan imigresen kanak-kanak
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Kiosk Sentuhan MADANI
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Ikhtiar Kiosk Sentuhan MADANI telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada Oktober 2024. Untuk fasa pertama, konsep KSM ini telah dibangunkan dengan melibatkan kiosk sedia ada oleh 6 agensi, iaitu KWSP, JPJ, SSM, MyDigitalID, TNB and Pos Malaysia dan meletakkan kiosk-kiosk ini di satu tempat yang senang diakses orang ramai seperti pusat membeli-belah.

     

  • Kiosk agensi dipilih berdasarkan perkhidmatan yang disediakan dan potensi untuk memudahkan rakyat membuat urusan. Sebagai contoh, kiosk KWSP berpotensi digunakan oleh 16 juta ahlinya. Kiosk ini menghimpunkan lebih daripada 90 jenis perkhidmatan lain untuk kemudahan rakyat.

 

  • Kiosk Sentuhan MADANI disediakan sebagai saluran tambahan terutamanya untuk golongan atau keperluan berikut: 
    • Cetakan atau salinan dokumen seperti di kiosk JPJ; 
    • Urusan yang memerlukan pengesahan cap jari seperti di kiosk KWSP dan MyDigitalID, atau pengesahan dokumen seperti passport (untuk warga asing sahaja) di kiosk SSM; 
    • Bagi sesetengah golongan, mereka mungkin tidak yakin membuat urusan melalui komputer/ telefon pintar atas sebab keselamatan, kelajuan internet atau keselesaan antaramuka pengguna (user interface), di mana interface kiosk lebih besar dan senang dilihat.

       

  • Perkhidmatan Kiosk yang di tawarkan:

     

  • Kiosk KWSP (Kem. Kewangan)
    • Kiosk KWSP ini menyediakan kemudahan yang membolehkan ahli menggunakan secara sendiri tanpa perlu hadir ke kaunter KWSP, di samping membolehkan ahli mendapatkan perkhidmatan KWSPdi luar waktu operasi kaunter 
    • KWSP mempunyai ahli seramai lebih 16 juta dan asset pelaburan melebihi RM1 trilion 
    • Kiosk KWSP adalah sebanyak 209 unit. 201 unit terletak di 69 cawangan KWSP,7 unit di UTC, manakala 1 unit di Alamanda Putrajaya ini merupakan yang pertama di kawasan membeli-belah
    • Perkhidmatan yang disediakan di kiosk KWSP termasuk Pendaftaran, Caruman, Pengesahan Cap Ibu Jari dan Pengemaskinian Maklumat 
    • Pengesahan Cap Ibu Jari adalah untuk e-Pengeluaran dan e-Penamaan, dan ini hanya boleh dilakukan di kaunter KWSP atau kiosk ini.

       

  • Kiosk MyDigitalID (Kem. Sains, Teknologi dan Inovasi)
    • Kiosk MyDigitalID di Alamanda Putrajaya merupakan kiosk MyDigitalID yang pertama diperkenalkan 
    • MyDigitalID merancang untuk menempatkan sebanyak ~20 kiosk seperti ini di masa terdekat 
    • Oleh itu, dengan adanya tapak Kiosk Sentuhan MADANI kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur, ini dapat memudahkan lebih ramai rakyat mendaftar untuk MyDigitalID
    • Buat masa ini, kiosk MyDigitalID menawarkan dua perkhidmatan, iaitu pendaftaran dan pembatalan  MyDigitalID

       

  • Kiosk Pos Malaysia 
    • Kiosk Pos Malaysia menyediakan perkhidmatan pembayaran bil yang merangkumi103 bil dari 91 agensi 
    • Antara perkhidmatan pembayaran bil yang ditawarkan termasuk telekomunikasi, elektrik, air, e-kerajaan, pinjaman pendidikan dan pihak berkuasa tempatan 
    • Antara bayaran pinjaman pendidikan yang boleh dibuat termasuk dari PTPTN, MARA, Yayasan Sarawak, Yayasan Pahang dan Yayasan Negeri Sembilan 
    • Rangkaian kiosk Pos Malaysia terdiri dari 98 kiosk, di mana 95 terletak dalam premis Pos Malaysia 
    • Kiosk Pos Malaysia di Alamanda Putrajaya adalah kiosk ketiga Pos Malaysia yang ditempatkan di luar premis Pos Malaysia, untuk memudahkan akses kepada rakyat

       

  • Kiosk Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Kem. Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) 
    • Rangkaian kiosk SSM terdiri dari 28 unit yang terletak di premis SSM, dan 515 unit yang ditempatkan di luar premis SSM, diuruskan oleh ejen SSM yang dilantik iaitu Safeguards Kioskmedia (M) Sdn Bhd 
    • Kiosk SSM menyediakan perkhidmatan SSM seperti 
      • Pembaharuan perniagaan, 
      • Pembelian maklumat perniagaan dan 
      • Pembayaran kompaun perniagaan 
      • menawarkan perkhidmatan pembayaran bil seperti pembayaran majlis tempatan, bil telco dan topup e-wallet 
    • Kiosk SSM terletak di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan

 

  • Kiosk TNB
    • Antara perkhidmatan pembayaran yang ditawarkan di kiosk TNB adalah pembayaran bil elektrik, bank kapasitor dan ALLO broadband 
    • Amaun minimum pembayaran adalah RM10 manakala amaun maksimum adalah RM10,000 
    • Had maksimum pembayaran adalah 5 bil untuk satu transaksi pembayaran

       

  • Kiosk JPJ
    • Kiosk JPJ membantu memudahkan pelanggan melakukan semakan dan transaksi urus niaga perkhidmatan JPJ secara kendiri 
    • Rangkaian kiosk JPJ terdiri dari 206 unit yang terletak di semua negeri 
    • Kiosk JPJ boleh digunakan oleh warganegara Malaysia dan bukan warganegara. Walaubagaimanapun, Pembaharuan Lesen Memandu dihadkan kepada warganegara Malaysia sahaja. 
    • Kiosk JPJ di Alamanda ini mempunyai fungsi cetak; JPJ juga sedang memperkenalkan kiosk yang tiada fungsi cetak dalam hasrat membudayakan pendekatan secara digital
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Madani
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Skim MADANI ialah skim pembiayaan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk membiaya modal kerja (working capital), pembelian aset untuk tujuan perniagaan dan pengubahsuaian premis perniagaan (renovation).

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:

Ciri-Ciri

Penerangan 

Jumlah Pembiayaan

  • RM2,000 - RM100,000

Tempoh Pembiayaan

  •  1 tahun hingga 7 tahun

Kadar Pembiayaan

  • 3.50% sehingga 4.00% setahun (kadar tetap)

Skop Pembiayaan

  • Peruncitan dan pemborongan

  • Pembuatan

  • Perkhidmatan

  • Lain-lain sektor dan sub-sektor yang akan dipertimbangkan oleh Pengurusan BSN berdasarkan kes

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda